05 June 2009

Pengumpulan Data - Kuliah Puan Sakinah

Kuliah dimulakan dengan muhasabah diri di mana Puan Sakinah mengingatkan kami bahawa dalam hidup ini kita ada melakukan tindakan dan muhasabah (refleksi) tetapi tidaklah secara sistematik atau didokumentasikan. Sememangnya umat Islam juga dituntut untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi "lebih baik dari semalam..."

Pengenalan

Untuk mengumpul data, pelbagai kaedah dapat digunakan. Sesuatu cara tersebut tidak semestinya memberi pengkaji data yang berkualiti tinggi, oleh itu perlu untuk dipelajari cara yang sebenar-benarnya (melalui ketelitian yang tinggi) untuk melakukan kajian agar hasil dapatan dapat memberi manfaat kepada orang lain (boleh digunakan).

Kenapa perlu data yang berkualiti tinggi?

Ini adalah kerana: Apa yang dilakukan oleh guru merupakan amanah/tanggungjawab kita terhadap para pelajar. Guru perlu mengajar dengan betul dan bukan secara semberono sahaja. Sekiranya pengajaran/kerja dilakukan dengan tidak sempurna, pasti memberi suatu implikasi yang negatif kepada pelajar. Ia juga sebagai usaha berterusan untuk memperbaiki mutu pengajaran dari semasa ke semasa. Guru akan dapat meningkatkan kecekapan diri dan lebih bersedia daripada orang lain selain dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Apa kriteria bagi KUALITI?

Ada 2 rukun sains dalam setiap apa penyelidikan yang dilakukan, dan ini sama juga dalam penyelidikan seperti kajian tindakan. 2 kriteria utama bagi KUALITI ialah KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN. Kedua-dua konsep ini sangat kritikal dalam sesuatu penyelidakan.

KESAHAN ialah kebenaran data yang diperolehi, yang mana sama ada data tersebut dapat mengukur dan mencerminkan fenomena khusus sesuatu kajian atau tidak. Sekiranya kesahan dapat dipastikan, YA maka data adalah berkualiti.

KEBOLEHPERCAYAAN adalah mengenai ketepatan data. Masalah ke'takbolehpercayaan' terhadap ketepatan data berlaku apabila dalam kajian, sampel yang terlibat/atau diperolehi hanya sedikit sahaja. Contohnya jika kajian adalah mengenai pelajar di sebuah sekolah di pedalaman Sabah sahaja, maka dapatan tidak boleh dikatakan sama mewakili pelajar-pelajar di seluruh dunia (memang tak boleh percaya ini data ooo..). Oleh itu, bagi menambahbaik data, pengkaji perlu sentiasa menanya diri sendiri, (1) Maklumat yang diperolehi ini adakah mewakili realiti dengan tepat? dan ke(2) Ada tak sebab untuk saya syak kepada ketepatan data tersebut?

Ada 5 tahap penting dalam Kajian Tindakan

1- Mengenal pasti masalah
2- Perancangan Tindakan
3- Pengumpulan Data
4- Analisis Data
5- Perancangan untuk tindakan seterusnya

Pengumpulan Data

Apabila kita hendak mengumpul data, beberapa soalan bolehlah kita tanya pada diri.
Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk kita dapat menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini?
Bagaimana kita hendak pastikan bahawa pengumpulan data itu didapati daripada pelbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data

Terdapat beberapa (banyak juga) alat yang disenaraikan, antaranya ialah:
-Pemerhatian (video tape)
-Nota guru dan komen
-Kerja pelajar
-Refleksi pelajar & kerja pelajar
-Jurnal pelajar
-Ujian
-Tinjauan soal selidik
-Temuduga (audio tape)

Tugasan

Kami juga telah diberi tugasan untuk (1) Mengemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya mengenai pengumpulan data, dan (2) Nanti akan ada soal jawab semula di dalam kuliah... Itu sahaja setakat hari itu...(rasanya...)

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Pembentangan Proposal - Kuliah Hajah Halimah

Pada kali ini, kuliah Hajah Halimah adalah untuk pembentangan hasil kerja Proposal Kajian Tindakan. Hanya beberapa kumpulan bertuah sahaja (setakat hari itu) yang terpilih untuk membentangkan hasil perbincangan proposal kajian tindakan mereka.

Mereka yang terpilih akan bercakap setiap seorang di hadapan mengenai proposal kajian tindakan mereka dan Hajah Halimah membincang bersama-sama kami mengenai kajian tindakan tersebut. Antara yang dibincangkan ialah

Adakah tajuk yang dikemukan itu sesuai atau tidak / boleh dijalankan atau perlu diubahsuai...

Adakah istilah yang digunakan betul, sesuai atau tidak...

Apa yang akan diukur dalam kajian tindakan itu (bentuk data serta analisis datanya)...

Mengapa/ apa tujuan/sebab kajian itu hendak dijalankan...

Keboleh'buat'an kajian tersebut (dari segi method dan seumpama denganya)

Nasib baik kumpulan kami belum lagi terpilih untuk membentang, oleh itu kami telah membuat lagi sekali perbincangan untuk memperbaiki proposal yang telah dihantar. Kumpulan kami telah menambah detail-detail penting seperti jenis data yang akan dikumpul serta cara analisis data tersebut. Kami juga telah mengubahsuai tajuk kami dan membuang 'kefahaman' dari ayat tajuk.

Tajuknya (seperti post kuliah Hajah Halimah sebelumnya):

Meningkatkan minat pelajar kepada subjek Biologi (Spesies Terancam) melalui pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah (Zoo).

Fail akan cuba diattach kemudian... Harap maaf...

Kemudian ada aktiviti best lagi iaitu mengenai personaliti peribadi seseorang melalui tarikh lahir yang kemudian dikategorikan kepada beberapa unsur alam iaitu TANAH, LOGAM, AIR, API, KAYU dan ANGIN(?) (iyeke angin ek, ke udara..tak berapa pasti). Tapi saya tidak cuba untuk menguji tarikh lahir saya... atau lebih tepat lagi tak berani hehehe... Apa pun aktiviti ini best amat dan menguja pelajar-pelajar DPLI semuanya...

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Proposal Kajian Tindakan - Kuliah Hajah Halimah

Antara sesi 'pemulaan' kuliah yang best yang pernah saya ikuti (^_^)/..

Kuliah pertama oleh Hajah Halimah, beliau telah meminta kami untuk menuliskan beberapa maklumat peribadi yang penting dalam sehelai kertas A4 (wajib A4 saja, kertas kecik tak boleh).
Antaranya ialah Nama Penuh, Nombor Matrik, Program... Kemudian kami diminta menjawab beberapa soalan seperti;

Siapakah guru yang disukai, cikgu itu ajar subjek apa, serta berikan sebab kenapa suka cikgu tersebut...

Siapakah guru yang tidak disukai dan kenapa tidak suka cikgu tu...

Apakah tugas atau peranan seseorang guru itu (pada pandangan anda) dan kenapa anda nak jadi guru...

Jawapan saya bagi soalan yang pertama ialah:

Antara guru/pendidik yang sangat saya sukai ialah Cikgu Norihah Bt Bachok. Dia tidak mengajar di sekolah sebab dia guru kaunselor sekolah semasa saya Form 4. Sebab saya suka dengan cikgu Norihah adalah kerana dia seorang yang sangat memahami pelajar, rapat dengan pelajar serta sentiasa menginspirasikan pelajar (bagi saya lah). Pada masa itu saya lihat beliau berjaya memotivasi seorang pelajar, dari seorang yang tidak menonjol dan sentiasa dilabel sebagai bermasalah, kepada seorang pelajar yang aktif dan mewakili sekolah sehingga ke peringkat Kebangsaan (rasanya lah, kalau tak pun Negerilah). Ini telah menaikkan semangat dan keyakinan pelajar tersebut bahawa dia juga seorang yang mempunyai kelebihan dan keupayaan tersendiri yang ada pelajar-pelajar lain tidak dapat lakukan. Dia menjadi salah seorang pendidik yang memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi pendidik yang cuba untuk mendekati dan memahami pelajar.

Yang kedua (ada yang kedua???) ialah Dr. M (gelaran) di UMT. Saya ingat lagi kuliah pertama beliau yang tersangat inspiring hingga pada akhir kelas, semua pelajar bertepuk tangan dengan bersemangatnya! Kuliah beliau tidak pernah membosankan, walaupun beliau mengajar subjek Polisi yang penuh dengan fakta-fakta dan akta-akta... Kami sentiasa diupdate dengan informasi-informasi baru dalam dan luar negeri dalam pelbagai bidang (sejarah, kewangan, politik dan seumpama dengannya =P). Pendek kata, best la! Tambahan: dia juga seorang yang good looking (walaupun sudah agak berumur) dan dia juga sangat cergas+aktif di kelas sampai turun naik pentas untuk bagi kuliah, memang pelajar pun teruja untuk mendengar sebab dia bersemangat nak bagi kuliah!

Jawapan untuk soalan kedua:

Tak ingat ada letak nama atau tidak, tapi sebab saya tak suka kerana cikgu itu suka marah-marah (baran habis!) tak tentu pasal, sampai kanak-kanak tak tahu melukis pun dia pukul, dan suka sangat mengGARANGkan diri di mana jua dia berada, di kelas, di padang pada hari sukan, atau di mana jua (dulu masa budak-budak rasa dia garang every now & there)... Kemudian pada guru yang tiada consideration, skema gila nak ikut peraturan sampai tak ada tolak ansur walaupun kes kecemasan, tak empati pada situasi pelajar serta suka mencari kesalahan pelajar. Semoga saya dijauhkan dari menjadi guru seperti ini... Ini pengalaman masa sekolah rendah & menengah dulu la.. Terbawa-bawa sampai ke sekarang...

Jawapan untuk soalan ketiga: (diringkaskan saja dan mungkin ada sedikit berbeza dari yang dihantar)

Bagi saya peranan guru adalah sebagai ibu bapa kedua pelajar yang mana beliaulah yang akan mencorakkan seorang pelajar itu di sekolah. Guru ada amanah yang besar untuk mendidik pelajar serta berkongsi ilmu pengetahuan yang beliau ada untuk pelajar tersebut menjadi seorang insan yang berguna. Guru juga adalah medium pembinaan ketamadunan bangsa dan negara, kerana tanpa ilmu dan guru yang mengajarkannya, sukar bagi sebuah negara untuk bangun sebagai sebuah negara maju. (Uish, cam skema jawapan nih).

Yang terakhir sekali kami diminta untuk melukis gambar pokok. saya melukis gambar pokok yang saiznyan separuh daripada kertas A4 (taklah besar sangat) siap dengan aksesori buah-buah mangga dan sarang burung beserta burungnya sekali... Hahaha..

Daripada apa yang kami hantar Hajah Halimah memberi beberapa komen dan ulasan penting iaitu sebenarnya tugas dan peranan guru adalah berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada dengan para pelajar. Kita sebagai guru ada ilmu yang kita tahu, dan mereka sebagai pelajar juga ada ilmu yang mereka tahu tetapi kita tidak tahu. Yang mana dikonklusikan dalam satu falsafah yang menarik iaitu EDUCATION IS A SHARING PROFESSION.

Yup, I'm agree to that.

Seterusnya aktiviti kedua adalah mewujudkan kumpulan berlima serta mereka tajuk Kajian Tindakan yang akan dilakukan. Kumpulan mesti berbagai latar belakang dan terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk kerjasama yang dinamik dan efektif.

Ahli-ahli kami adalah:

Tengku Hamdan Tengku Ibrahim (Ketua)
Siti Fatimah Ariffin
Siti Sara Abdul Rahman
Zainun Yassin
Nurhuda Yazid (saya)

Beberapa tajuk cuba diusulkan tetapi tidak diterima dan akhirnya kami memilih tajuk:

Meningkatkan Minat Pelajar Kepada Subjek Biologi (Topik Spesies Terancam) Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (iaitu di Zoo)

Update akan diberi kemudian...


Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

26 May 2009

Tugasan 2: Analisis Artikel Jurnal

Artikel 1

Tajuk: Choosing to belong: increasing adolescent male engagement in the ELA classroom
Penulis: Tim Fredrick, 2006. Changing English. Volume 13, No. 1, pp. 151–159.

Artikel 2

Tajuk: How can I foster non-ENglish majors' interest and motivation?
Penulis: Fang Fang, 2004. Action Research Report from teaching experiences at Guyuan
Teachers College. Daripada http://www.actionresearch.net/.

Artikel 3

Tajuk: Love and critique in guiding student teacher
Penulis: Sigrid Gjotterud, 2009. Educational Journal of Living Theories. Volume 2(1): 68-95. Link dari www.actionresearch.net.
Artikel ini ditukar kerana artikel sebelumnya bukan menerangkan kajian tetapi lebih kepada pandangan terhadap kajian tindakan. Maaf kerana terlupa untuk mengupload/menukarkan artikel dalam Files Group lebih awal.

Kandungan Analisis Artikel

Isu/Tujuan Kajian

Artikel 1 dan 2 mempunyai isu yang hampir sama iaitu mengenai pembelajaran Bahasa Inggeris dan penglibatan pelajar dalam kelas tersebut. Kajian dijalankan untuk menambahbaik persepsi pelajar kepada subjek Bahasa Inggeris seterusnya meningkatkan penglibatan mereka dalam aktiviti pembelajaran. Artikel 3 pula adalah mengenai isu pendidikan bakal guru dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik pelajar-pelajar di samping memperbaiki diri pensyarah sendiri.


Sampel / peserta kajian

Dalam Artikel 1, sampel atau peserta kajian adalah pelajar-pelajar sekolah Gred 9 yang majoritinya berbangsa Afrika-Amerika. Jumlah pelajar lelaki adalah lebih ramai daripada perempuan. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga dengan latar belakang sosio-ekonomi yang sederhana atau miskin.

Dalam Artikel 2 dan 3, sampel atau peserta kajian adalah sama iaitu terdiri daripada pelajar guru yakni pelajar yang bakal menjadi guru. Selain itu dalam Jurnal 3, rakan-rakan pengkaji juga boleh dikategorikan sebagai peserta kajian.

Seting

Persekitaran kajian bagi Artikel 1 adalah di sekolah tinggi yang melibatkan kelas Gred 9. Manakala persekitaran kajian bagi Artikel 2 dan 3 adalah di Kolej Perguruan yang melibatkan pelajar-pelajar dan pensyarah-pensyarah bidang pendidikan.

Prosedur

Penyataan Masalah

Melalui analisis saya terhadap artikel-artikel ini, kesemua artikel didapati bermula daripada proses penyataan masalah berdasarkan refleksi pengalaman pengkaji serta inkuiri tentang punca permasalahan yang ingin diketahui tersebut yang kemudiannya membawa kepada tindakan pengkaji untuk memulakan kajian tindakan.

Pemerhatian Awal/refleksi

Kemudian dalam Artikel 1 dan 2, pemerhatian awal dijalankan terhadap peserta kajian untuk merancang tindakan selanjutnya yang perlu dilaksanakan. Dalam Artikel 2, pengkaji telah memberi soalan kaji selidik kepada peserta-pesertanya untuk mendapat maklum balas awal pelajar mengenai persepsi mereka kepada pembelajaran Bahasa Inggeris. Dalam artikel 3, pengkaji merefleksi pengalaman beliau sendiri dengan pemantau beliau apabila beliau cuba memikirkan kesan daripada cara seseorang mengkritik dan bagaimana penerimaan orang yang dikritik. Kemudian beliau mula membentuk kumpulan pengkaji untuk sama-sama mengkaji kesan kritik dan kasih sayang dalam pengajaran mereka memandu para pelajar belajar.

Merancang, mengambil tindakan dan pemerhatian

Dalam setiap artikel, pengkaji merancang tindakan yang akan dilakukan yang dapat memperbaiki keadaan yang dikira bermasalah tersebut. Dalam semua artikel, pengkaji merancang aktiviti penambahbaikan, kemudian melaksanakan perancangan tersebut seterusnya mengumpul data melalui pemerhatian. Bagi artikel 3, ada sedikit kelainan di mana pengkaji mengambil tindakan berdasarkan kes pelajar-pelajar secara individu, di mana pelajar yang dikira mempunyai masalah dalam sesi pengajaran, didekati dan diambil refleksi mengenai pengajaran beliau. Tindakan penambahbaikan diambil dan maklum balas pelajar juga diminta.

Analisis data dan refleksi

Data yang diperolehi seterusnya dianalisa dan pengkaji merefleksi semula daripada dapatan tersebut. Artikel 3 banyak merujuk kepada buku-buku mengenai konsep kewujudan bersama dan pemikiran-pemikiran sosialisasi dalam mencari penyelesaian kepada permasalahan.

Pengumpulan dan analisis data

Artikel 1 menggunakan data dari beberapa sumber seperti pemerhatian terhadap pelajar di dalam kelas dan luar kelas, hasil kerja pelajar, respon/ maklum balas pelajar yang kemudian dianalisis secara membanding beza hasil kerja/respon pelajar, menilai keberkesanan tindakan sendiri yang telah diambil terhadap hasil kerja/respon pelajar.

Bagi artikel 2, data diperolehi daripada pemerhatian dan idea pengkaji, soal-selidik kepada pelajar, pengalaman pengkaji, perkongsian/pemerhatian dengan rakan pengkritik pengkaji, hasil kerja pelajar, dan respon/maklum balas pelajar terhadap pengajaran pengkaji. Data seterusnya dianalisa untuk melihat sejauhmana keberkesanan tindakan yang diambil.

Bagi artikel 3, data diambil melalui refleksi pelajar terhadap sesi pembelajaran, hasil kerja/tugasan pelajar, nota refleksi, panduan-panduan dan pelaporan pemerhatian kepada pelajar yang dikongsi bersama antara co-pengkaji serta perkongsian pengalaman melalui perbincangan. Setiap pelajar dalam kes individu dianalisa dan dilihat punca berlakunya masalah yang dihadapi dan seterusnya pengkaji merefleksi daripada data tersebut.

Analisis keseluruhan

Dalam setiap artikel, pengkaji mempunyai sifat inkuiri dan melihat masalah sebagai satu langkah awal untuk memperbaiki sesuatu sama ada cara pengajaran, cara komunikasi atau sesuatu suasana pembelajaran itu. Pengkaji banyak merefleksi daripada pengalaman sendiri sama ada yang lampau atau yang baru berlaku dan mengaitkannya kepada situasi yang dilalui pelajar. Tindakan yang diambil adalah melalui perspektif pelajar sendiri seperti cuba menyesuaikan cara pengajaran (tindakan) dengan perkara yang dapat menarik minat pelajar serta perkara yang dirasakan baik oleh pelajar. Perspektif yang bukan berbentuk 'dari permerhati' sahaja ini, menunjukkan hasil yang positif dan menambahbaik suasana pebelajaran.

Sintesis

Daripada ketiga-tiga jurnal ini, saya merasakan bahawa idea bagi mengutamakan perspektif pelajar dalam menambahbaik pembelajaran mereka adalah yang terbaik untuk kajian tindakan dan bukannya hanya melalui perspektif pengkaji semata.



Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

23 May 2009

Tugasan 1: Ulasan Buku Kajian Tindakan

Tajuk Tugasan:
Ulasan Terhadap Buku "Semua Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Kajian Tindakan"
Tajuk Buku: All You Need To Know About Action Research
Penulis: Jean McNiff dan Jack Whitehead
Penerbit: SAGE Publication
Negeri penerbit: London
Tahun terbitan: 2006
Ketebalan: 274 muka surat
----------------------------------------------------------------------------
Konsep Kajian Tindakan

Dalam buku ini, penulisnya mengatakan bahawa kajian tindakan adalah satu bentuk inkuiri (sifat ingin tahu) yang mana melalui kajian tindakan, seseorang (atau sekumpulan orang) itu akan menyelidik serta menilai kerja/kajian mereka. Kajian tindakan adalah berbeza dengan kajian-kajian lain walaupun kajian-kajian tersebut juga berbentuk kualitatif. Kajian tindakan melibatkan si pengkaji tindakan berada di dalam kajian (insider researcher) dan bukan sebagai pengkaji luaran sahaja yang melihat kajian dari perspektif luar (spectator researcher). Pengkaji tindakan melihat diri merupakan salah satu daripada komponen dalam kajian. Mereka akan menyatakan soalan-soalan permasalahan seperti "Adakah saya melakukan kerja saya seperti yang dikehendaki?" atau "Bagaimana kita memperbaiki aspek-aspek yang perlu diperbaiki dalam hal ini" ataupun "How can I make this better?" .
Namun, adalah lebih tepat lagi untuk mengatakan bahawa konsep yang ditekankan penulis adalah konsep tindakan-refleksi (action-reflection). Ini kerana proses dalam kajian tindakan yang melalui kitar demi kitar itu, pasti akan melalui tahap di mana pengkaji mengambil tindakan (bertindak atau implementasi rancangannya) dan kemudian merefleksi daripada apa yang diperhatikan berlaku terhadap perkara kajian (hasil tindakan).
----------------------------------------------------------------------------
Tujuan Kajian Tindakan
(Mengapa guru perlu melakukan kajian tindakan)

Penulis menyatakan bahawa tujuan setiap penyelidikan (yang ada di dunia ini) adalah untuk menjana ilmu pengetahuan yang baru. Namun dia melakukan sedikit perbandingan kajian-kajian tersebut dengan kajian tindakan, di mana kajian tindakan akan menjana sejenis ilmu pengetahuan baru yang istimewa (khas kut). Kajian tindakan biasanya difahami sebagai tindakan yang diambil seseorang untuk memperbaiki situasi-situasi individu atau sosial. Jika menurut Heron 1998; Heron & Reason 2001, kajian tindakan turut dilihat sebagai satu usaha untuk mendapatkan pemerintahan dunia yang lebih aman, harmoni dan produktif. namun begitu, menurut penulis pula, kajian tindakan dalam pendidikan bakal dilihat sebagai satu langkah (metode) untuk perubahan sosial dunia yang sebenar.

Bercakap dalam bidang pendidikan pula penulis mendakwa kebanyakan kajian dalam pendidikan menulis dari perspektif pemerhati. Apa yang tidak kena dengan kajian tindakan yang ditulis melalui perspektif pemerhati? Penulisan kajian tindakan tersebut akan memberi pengetahuan dalam bentuk analisis hanya secara konseptual yang seperti penjelasan-penjelasan mengenai kajian tindakan dan aspek kebolehgunaan hasil kajian tersebut, yang menurut penulis masih berada pada tahap 'hanya ayat kata-kata semata'. Sedangkan apa yang sebenarnya dikehendaki ialah untuk menghubungkan kajian dengan situasi dunia sebenar.

Penulis mengatakan bahawa kajian tindakan yang sebenar ialah apabila idea-idea dihubungkan dengan tindakan. Idea yang ada dijadikan sebagai teori amalan di dunia sebenar (dengan cara memberi penjelasan apa dan mengapa kajian dilakukan serta apakah pencapaian yang diharapkan). Ini juga dipanggil sebagai teori peribadi yang juga adalah teori kehidupan kerana teori boleh berubah dan semakin maju apabila manusia turut berubah dan maju.

Oleh itu, tujuan perlunya kajian tindakan dilakukan oleh para guru adalah untuk mewujudkan teori-teori kehidupan yang baru mengenai pembelajaran yang akan memperbaiki amalan dalam pendidikan dan untuk menyampaikan maklumat mengenai amalan-amalan tersebut kepada orang lain.
----------------------------------------------------------------------------
Reka Bentuk Kajian

Dalam aspek reka bentuk kajian, saya akan menyentuh mengenai tiga poin utama iaitu:
Model

Dalam buku ini, model yang digunakan oleh penulis merupakan model salah seorang penulis(Jean McNiff) yang diubahsuai daripada model sebelum itu hasil pemikiran beliau dan rakan-rakan (Jean McNiff et al. 2003). Model yang dipaparkan adalah suatu kitar tindakan-refleksi (Action-Reflection Cycle) yang berbentuk bulatan atau nombor 6.

Berdasarkan model dalam buku tersebut

Menurut penulis, proses dalam kitar tersebut proses perhati-refleksi-bertindak-menilai-ubahsuai-pindah dalam arah baru adalah secara umumnya diketahui sebagai tindakan-refleksi, tetapi perkataan itu belum lagi digunakan dalam mana-mana literatur. Kitar proses ini akan berterusan walaupun proses mencapai satu tahap kejayaan yang dikatakan sementara tetapi sudah memuaskan (provisional point), pada tahap tersebut akan terjana lagi soalan-soalan baru dan kitar akan bermula semula. Penulis juga mengemukakan model oleh Elliott (1991) yang ada dalam literatur sebagai rujukan pembaca untuk menggambarkan proses ini secara visual dengan lebih lanjut.

Sumber: Howden & Orford, 1992

(Published on QTER-Queensland Journal of Educational Research, 2006)

Sampel / Peserta Kajian (Participant)

Penulis tidak menggunakan perkataan 'sampel' dalam buku ini. Sebaliknya penulis telah menekankan bahawa dalam kajian tindakan, tujuan kajian adalah dilakukan untuk mengkaji diri pengkaji sendiri iaitu kajian mengenai kualiti pengaruh diri dalam pembelajaran pelajar dan bukannya pelajar sebagai subjek utama kajian. Oleh itu penulis menggunakan perkataan Peserta Kajian dan malah mempunyai status yang sama dalam kajian dengan pengkaji itu sendiri dan bukan sebagai objek yang ingin diketahui (objects of enquiry) ataupun seperti orang bawahan/berpangkat rendah (subordinates).

Tambahan: Penulis menyentuh aspek 'peserta kajian' ini dalam subtopik mengenai sumber kajian yang mana terdiri daripada 3 iaitu masa, kelengkapan dan manusia. Manusia yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pengkaji sendiri, peserta kajian, rakan-rakan pengkritik dan pengesah, kumpulan pengesah dan pemerhati yang berminat. Pengesah-pengesah = orang yang boleh mengsahihkan kajian tersebut.

Seting Kajian (Persekitaran Kajian)

Dalam buku ini, penulis tidak mengspesifikasikan persekitaran kajian tindakan secara jelas dalam satu-satu bab atau subtopik. Namun melalui pelbagai contoh dan penggunaan ayat yang dikemukakan, saya merumuskan bahawa penulis menyentuh persekitaran kajian tindakan secara meluas iaitu sama ada dalam persekitaran di

1. Rumah - pengkaji mungkin adalah seorang ibu/bapa yang membuat kajian tindakan melibatkan anak-anak sendiri atau melakukan pembelajaran secara home-schooling.

2. Sekolah - melibatkan pengkaji-pengkaji seperti guru atau kakitangan sekolah dalam persekitaran pelajar-pelajar atau warga tenaga penggerak sekolah.

3. Institusi pengajian tinggi - melibatkan kajian tindakan yang dijalankan oleh para pensyarah ataupun staf pentadbiran dan kemungkinan yang dijalankan oleh pelajar (seperti kita DPLI sekarang).

4. Tempat kerja - kajian tindakan dilakukan oleh seorang bos atau kakitangan yang bekerja dalam satu-satu syarikat.

Bagaimanapun, kebanyakan contoh adalah melibatkan persekitaran di sekolah.

---------------------------------------------------------------------------

Prosedur Kajian Tindakan

Dalam buku ini, penulis menghuraikan prosedur kajian tindakan dalam Bahagian 3 yang mengandungi 3 bab (9, 10 & 11). Saya merumuskan prosedur ini seperti berikut:

Perancangan awal

Dimulakan dengan proses perancangan di mana pengkaji memikirkan mengenai beberapa aspek iaitu:

1. Aspek praktikal pada setiap langkah dalam kajian - Pengkaji mengemukakan soalan-soalan apa yang membawa pengkaji kepada penyataan masalah, sebab untuk melakukan kajian, apa yang boleh dan akan dilakukan dalam kajian,

2. Sumber - terdiri daripada masa (perancangan masa yang diperuntukan dan keupayaan menyediakan masa tersebut untuk menjalankan kajian), peralatan kelengkapan (menyenaraikan peralatan-peralatan yang diperlukan seperti komputer, kamera, perakam video, jurnal-jurnal dan buku-buku sebagai rujukan kajian, yang turut ditentukan cara mendapatkannya sama ada melalui kewangan sendiri atau pembiayaan daripada sebarang organisasi) dan akhirnya manusia (merancang siapakah peserta kajian, rakan pengkritik dan pengesah, kumpulan pengesah, dan pemerhati yang berminat).

3. Isu-isu etika - Perancangan dari aspek adalah mengenai bagaimana berhubung dan mendapatkan permohonan dengan para peserta kajian dan mereka yang terlibat dengan kajian, melindungi hak mereka dan kepentingan kajian serta mengekalkan kepercayaan orang terhadap diri anda).

Pelan tindakan

Penulis menekankan pengkaji mengetahui mengenai apa yang terlibat dalam perancangan tindakan iaitu idea, kefahaman dan soalan-soalan mengenai kajian yang akan dijalankan. Penulis turut menegaskan tentang kesedaran dua unsur utama kajian tindakan iaitu mengambil tindakan dan membuat refleksi. Kemudian penulis menjelaskan pelan tindakan dengan secara lebih terperinci dengan setiap langkah perancangan dan penulisannya beserta dengan contoh sekali.

Melaksanakan pelan tindakan

Dalam buku ini penulis memberi penjelasan mengenai pelaksanaan pelan tindakan melalui contoh-contoh kajian tindakan yang pernah dilakukan. Terdapat rangka laporan ringkas kajian yang dimulakan dengan pengenalan, penyataan masalah, langkah dan dapatan kajian dalambentuk soal-jawab ringkas dan padat seterusnya diakhiri dengan kesimpulan. Saya berpendapat pemberian contoh ini lebih memudahkan pembaca untuk melaksanakan pelan tindakan dan seterusnya menulis laporan kajian.

Pengumpulan & Penganalisisan Data

Dalam buku ini terdapat beberapa instrumen kajian yang dinyatakan penulis seperti nota lapangan (dalam bentuk laporan langsung, peta minda, diagram spider dan nota bergambar), lembaran rekod dan jadual pemerhatian, serta analisis sosiometrik (menunjukkan interaksi dalam bentuk grafik).

Bagi teknik pengumpulan data, penulis memberi contoh seperti penulisan laporan bertulis, buku log peribadi atau diari, soal-selidik, dan tinjauan serta temu bual. Penulis turut meletakkan sumber-sumber dapatan data seperti amalan dokumentasi, amalan kehidupan, aturan main peranan atau persembahan, hasil kerja peserta, serta rakaman video.

Penulis menekankan bahawa data perlu disimpan dan disusun secara teratur untuk menjamin keselamatan bukti kajian serta kelancaran kerja. Penyimpanan dan penyusunan data boleh dibuat mengikut kategori sama ada secara digital (dalam komputer) atau tradisional (salinan asal).

Selain itu penulis mengingatkan agar pengkaji sentiasa merekod aktiviti bacaan rujukan yang dilakukan dengan merekod bibliografi bahan bacaan tersebut. Ini bagi memudahkan penulisan laporan rujukan literatur.

Penganalisisan data yang diperolehi adalah untuk menjana bukti kajian. Dalam buku ini penulis menerangkan bagaimana sesuatu kajian dibuktikan melalui ktiteria dan capaian terhadap piawai penilaian. Piawaian siapa dan yang mana perlu digunakan sebagai kayu ukur. Pengkaji juga perlu memilih data yang bernilai dan seterusnya menjana bukti-bukti kajian daripada data tersebut.

----------------------------------------------------------------------------

Etika Kajian Tindakan (Research Ethics)

Penulis menekankan bahawa etika dalam melakukan kajian tindakan sangat penting, bukan sahaja dikira sebagai satu tindakan yang mencerminkan nilai kesopanan tetapi turut melibatkan urusan perundangan. Dalam buku ini, mereka menyentuh 3 aspek utama yang perlu diambil kira. 3 aspek tersebut adalah;

1. Jalan masuk (akses kepada peserta) secara rundingan dan selamat - Sebelum memulakan kajian tindakan, pengkaji WAJIB membuat rundingan dan memohon secara formal (surat bertulis) untuk melakukan kajian. Semua peserta mesti menerima surat tersebut termasuk mereka yang tidak boleh membaca (caranya ialah dengan membacakan surat tersebut kepada mereka). Bagi kanak-kanak dan mereka yang vulnerable, kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga perlu dipastikan. Seterusnya semua surat kebenaran asal perlu disimpan dengan baik untuk rujukan semula apabila perlu dan salinannya mesti diletakkan pada lampiran laporan kajian. Penulis turut menyertakan contoh surat permohonan dalam buku tersebut di mukasurat 87.

2. Melindungi peserta kajian - Peserta kajian perlu dilindungi dari segi identiti. Sekiranya mereka tidak ingin dikenali dalam kajian tersebut, maka pengkaji perlu meletakkan nama peserta hanya sebagai nombor samaran, contohnya 'Pelajar 6' atau 'Rakan 1'. Tetapi sekiranya mereka ingin dikenali, maka pengkaji perlu menyatakan nama mereka tetapi perlu dipastikan surat kebenaran telah ditandatangani dan salinannya juga diberi kepada mereka. Pengkaji juga mesti berhati-hati dengan penyataan lokasi dan perlu berbincang dengan individu berkuasa seperti pengetua dan boss untuk perkara-perkara seperti ini. Yang penting adalah pengkaji mengekalkan tahap kepercayaan peserta kepada pengkaji dengan memberi perlindungan kerahsiaan berterusan kepada mereka serta sentiasa bersikap jujur dan meyakinkan.

3. Menjamin kepercayaan dengan baik - Seperti yang disebutkan tadi, kepercayaan peserta adalah penting. Ini boleh dikekalkan dengan mengotakan segala yang anda katakan secara berterusan. Letakkan matlamat untuk membina reputasi kejujuran di mata peserta dan lindungi reputasi itu. Pengkaji mengingatkan pembaca, bahawa manusia akan lebih ingin bekerja dengan mereka yang boleh dipercayai.

---------------------------------------------------------------------------

Kebolehpercayaan dan Kesahan Kajian Tindakan

Dalam bahagian ini, penulis telah membahagikan penjelasannya kepada dua aspek iaitu validity dan legitimacy. Validity adalah kesahan kajian secara teknikal atau prosedur metodologi manakala legitimacy pula adalah kesahan kajian dari segi penerimaan masyarakat awam terhadap kajian tindakan yang dilakukan.

Kesahan (validity) boleh diperolehi melalui mendapatkan kritikan daripada orang lain seperti

1. Penyelia - sekiranya pengkaji berada dalam satu situasi pembangunan profesional atau program seperti di institusi pendidikan dan sebagainya, pengkaji mungkin akan diaturkan seorang penyelia yang boleh memberi panduan dalam memberi kritikan serta memberi kritikan ilmiah.

2. Kawan yang kritikal - Pengkaji juga boleh mendapatkan kritikan daripada rakan-rakan yang boleh mengkritik secara ilmiah. Mereka boleh terdiri daripada orang perseorangan atau kumpulan. Kehadiran mereka kemungkinan tidak dapat dijamin untuk sepanjang kajian. Pengkaji perlu memberi penjelasan dengan jelas mengenai kajiannya dan mendapatkan kerjasama mereka setiap kali perjumpaan. Rekod ringkasan/hasil perjumpaan perlu diletakkan tarikh, ditandatangani dan disimpan. Rakan-rakan tersebut juga perlu diberi salinan rekod tersebut sebagai bahan bukti dan rujukan. Dalam hal ini pengkaji perlu bijak dalam menghargai kehadiran kerjasama rakan-rakan yang ada. Mereka memberi anda masa dan tenaga dengan percuma oleh itu hargailah sebaiknya.

3. Kumpulan Pengesah - Kumpulan pengesah boleh terdiri daripada 3 ke 10 orang bergantung kepada saiz projek pengkaji. Rakan kritikal juga boleh dijemput menjadi ahli kumpulan ini. Namun penulis menggalakkan pengkaji untuk mendapatkan bantuan pengesah di luar berbanding lingkungan profesional pengkaji sendiri. Contohnya, mungkin pengkaji menjemput individu daripada jabatan berlainan, pemerhati yang berminat mengkritik atau ahli dalam komuniti perniagaan. Yang penting mereka boleh mengkritik secara ilmiah. Penglibatan kumpulan ini sedikit berbeza dari rakan kritikal. Pengkaji perlu memastikan kehadiran mereka pada setiap perjumpaan (walaupun bukan semua hadir pada setiap perjumpaan, sekurang-kurang kehadiran tetap berterusan). Mereka mendengar penjelasan anda, memeriksa data dan bukti yang ada, mempertimbangkan dakwaan dan seterusnya menawarkan maklum balas yang kritikal. Seperti tadi juga, setiap perjumpaan perlu direkodkan dan salinan diberi kepada kumpulan pengesah.

Legitimacy pula diperolehi dengan mendapat pengiktirafan daripada komuniti pendidik (practicioner) dan penyelidik bagi membolehkan hasil kajian yakni teori atau amalan baru pengkaji diterima khalayak umum.

----------------------------------------------------------------------------

Penilaian keseluruhan

Secara keseluruhannya, buku ini mempunyai 25 bab yang dibahagikan kepada 7 bahagian. Tajuk bagi setiap bahagian adalah merupakan soalan-soalan penting yang biasanya diajukan oleh pengkaji dan bab-bab di dalam bahagian tersebut merupakan jawapan bagi persoalan-persoalan tajuk tersebut. Bermula dengan pengenalan yang menceritakan apa yang perlu pembaca ketahui perihal buku ini, penulis kemudian menggarap bab demi bab dalam turutan proses yang saling berkait secara logik namun menyentuh isu-isu yang berbeza. Isi dalamnya ditulis secara umum agar kajian tindakan dapat difahami secara keseluruhan, tetapi dalam masa yang sama pembaca tetap dapat memberi fokus pada isu tertentu mengikut kehendak masing-masing. Bab yang ditulis dengan ringkas dan padat dapat mengelakkan kebosanan pembaca, bahkan memotivasikan pembaca untuk menghabis bacaan dengan cepat dan mudah.

Saya berpendapat bahawa buku ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan oleh para penyelidik kajian tindakan sama ada dalam persekitaran di bidang pendidikan atau bidang-bidang lain. Penulis juga ada menekankan bahawa buku ini merupakan rujukan lengkap bagi mereka yang menjalankan kajian tindakan sehingga proses disertasi dan mendapatkan pengiktirafan akademik. Buku ini juga sesuai untuk rujukan golongan pelajar untuk mendalami kajian tindakan dan sebagai rujukan untuk peperiksaan. Ini kerana selain memberi penerangan secara ringkas tetapi padat penerangan dan disertai contoh-contoh kajian tindakan yang pelbagai, buku ini turut menampilkan sejarah kajian tindakan yakni sedikit asal usul bermulanya budaya kajian tindakan ini.

Namun, sedikit kesukaran adalah kerana bahasa Inggeris yang digunakan dalam buku ini agak bertahap tinggi dan memerlukan pemahaman yang mendalam bagi mereka yang bukan penutur bahasa Inggeris. Cara penjelasannya dihuraikan adalah dalam bentuk ilmiah dan agak formal namun masih santai kerana disampaikan secara ringkas dan padat.

Seperti tajuknya, saya sokong inilah buku yang sesuai bagi mereka yang ingin tahu semua mengenai kajian tindakan.

Selamat membaca dan terima kasih!


Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

13 May 2009

Kajian Kepustakaan - Kuliah 4 (Dr. Siti Fatimah)

Kajian Kepustakaan

Gambar bersumber dari: The Hekman Library

Berdasarkan kuliah Dr. Siti:

Kajian Kepustakaan adalah kajian jenis literature review a.d.b.m (Atau Dalam Bahasa Melayunya) soroton ke atas bahan-bahan literatur ilmiah seperti buku, jurnal, artikel-artikel seminar dan laporan. Kajian ini dilakukan secara kritikal terhadap isi-isi yang dikemukakan oleh sumber-sumber tersebut dan melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi seperti berikut;


  1. Membanding dan membeza
  2. Menganalisis
  3. Menilai
  4. Membuat kesimpulan
  5. Mensintesis

Daripada apa yang saya fahami:

Kajian kepustakaan ini memerlukan kita mencari maklumat mengenai masalah atau tajuk kajian yang perlu dikaji (kita pilih untuk kaji) melalui sumber-sumber ilmiah bercetak, atau digital (e-journal/e-book dsb). Daripada masalah atau tajuk tersebut, kita cari (create) keywords yang berkaitan, dan menggunakan keywords tersebutlah kita mencari maklumat sama ada melalui index pada halaman-halaman akhir sesebuah buku atau untuk ditaip pada ruangan search pada enjin carian atau pangkalan data.

Setelah mendapatkan bahan rujukan yang dikehendaki, maka bermulalah aktiviti menganalisa maklumat-maklumat yang ada dengan cara membuat perbandingan / pembezaan (mengenalpasti persamaan dan perbezaan), mensintesis (menggabungkan beberapa bahagian untuk menghasilkan poin baru), menilai (setelah dibeza-beza dan disama-samakan, kita membuat pertimbangan antara ciri-ciri yang ada) dan akhirnya membuat kesimpulan yakni rumusan akhir kesemua maklumat yang telah dianalisa tersebut.

Seterusnya, kita akan membuat laporan daripada analisa kajian kepustakaan ini. Laporan tersebut mestilah meletakkan semua rujukan (cite-kan), apa yang telah kita rujuk. Mean, we have to give credits to those people that we have cited from their articles or source.

That's all for now. Need to go for bowling, I'll continue soon...

(^_^)/' o___lllllll____o XX!!

Go for strike everyone!

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Aktiviti 3 - Soalan penentangan terhadap perubahan

Ahli:
Seperti biasa ahli kami terdiri daripada


  1. Siti Fatimah Ariffin (Miss Ketua)

  2. Nik Hidayatul Nursa'adah Binti Husin (Miss Penyalin)

  3. Nurhuda Binti Yazid (Miss Pembentang)
Arahan:
Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan dan bincangkan cara penyelesaiannya.


Dalam perbincangan tersebut, kami telah meringkaskan hasilnya kepada poin-poin seperti berikut yang mana adalah antara sebab-sebab sesuatu perubahan (pelbagai aspek) mendapat tentangan daripada orang ramai atau individu yang ingin melakukan perubahan itu sendiri.

8 sebab tersebut adalah;

1. Terpaksa menyesuaikan diri kepada perkara atau suasana baru.
2. Akan kelihatan berlainan daripada orang lain.
3. Mendapat tentangan daripada orang lain atau masyarakat.
4. Mengganggu sistem yang biasa (budaya/kebiasaan/norma komuniti).
5. Perlu untuk mempelajari perkara baru.
6. Melibatkan masa yang lama.
7. Ketidakpastian kepada kesan perubahan.
8. Perubahan yang drastik/mendadak.

Penyelesaiannya:

Oleh kerana cara-cara penyelesaian yang kami bincangkan adalah saling berkait antara setiap sebab-sebab penentangan tersebut, kami telah merumuskan cara penyelesaiannya kepada poin-poin seperti di bawah.

1. Menyediakan diri dari segi mental terhadap perubahan tersebut.
2. Bersikap sabar dan mempunyai keazaman yang tinggi
3. Membuat perubahan secara perlahan-lahan
4. Menetapkan matlamat jangka pendek dan mengikut tahap-tahap tertentu
5. Berfikiran terbuka, positif dan bersikap optimis
6. Sentiasa yakin dengan keputusan yang diambil.
7. Memberi kefahaman kepada sesuatu organisasi mengenai tujuan perubahan dilakukan
8. Komited

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

10 May 2009

[Teori Perubahan] - (Kuliah 3- Dr. Izham)


"The only constant thing in life is changes"
[Hanya satu perkara yang tetap berterusan dalam kehidupan, iaitu perubahan]


Ini kata Dr. Hasnah dalam kelas LD hari itu... Saja letaklah... Ok time for kuliah Dr. Izham yang best (tapi banyaknya input).. Maafkan saya kerana lambat mengupdate kerana saya memang slow banyak dalam bab-bab membuat nota sendiri ni. Macam mana nak tingkatkan? Alamak kena buat kajian tindakan baru pula nanti... Ups.. Nota kuliah!

Teori perubahan dalam pendidikan

Masa depan dunia yang mencabar memerlukan manusia untuk sentiasa bersedia untuk menghadapinya, dan faktor utama yang boleh menyediakan manusia kepada situasi tersebut adalah bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan pula, perkara yang sememangnya tidak dapat dielakkan ialah PERUBAHAN. (Adush, skema la pula nota ni, rasa ‘seriusnya’ la pula, tidak mengapalah).

Minggu lepas pembelajaran kuliah kajian tindakan adalah mengenai Teori Perubahan. Saya sendiri baru mengetahui bahawa rupanya ada lah pula teori untuk perubahan. (Bagusnya!)

Menurut Mr. Oliver (1996), apabila dibandingkan dengan fenomena KESTABILAN, fenomena PERUBAHAN adalah lebih menunjukkan ciri-ciri pendidikan kerana apabila berlakunya sesuatu PERUBAHAN, boleh dikatakan proses pendidikan juga telah berlaku. Ada masanya, perubahan dalam pendidikan akan menyebabkan KETIDAKPASTIAN yang mana KETIDAKPASTIAN ini sepatutnya dielakkan kerana ia merupakan salah satu penyebab kepada keruntuhan masa depan generasi muda.


Menurut Mr. Dessler (1995), ada 4 jenis perubahan iaitu;

1). Perubahan Ke Arah Peningkatan
-memberi kesan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu organisasi, contohnya:
*perubahan struktur
*pengaplikasian teknologi baru
*program pembangunan pekerja untuk memperbaiki komitmen dan hasil kerja

2). Perubahan Strategik Organisasi
-melibatkan organisasi secara keseluruhan
*memberi semula makna yang baru kepada peranan organisasi tersebut
*perubahan dalam aspek seperti nilai teras, struktur dan strategi
*memperbaharui misi
*menambahbaik tugas, peranan, tanggungjawab, dan sistem ganjaran pekerja

3). Perubahan Reaktif
-akan berlaku hasil daripada respon terus dari pelanggan atau pihak berkepentingan
*isu-isu persekitaran dan etika yang memerlukan perubahan oleh organisasi
*perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan yang mesti diubah

4). Perubahan Akibat Jangkaan
-berlaku bukan hasil desakan luar (seperti pelanggan), tetapi atas kesedaran yang datang daripada pihak pengurusan/pentadbian sendiri yang merasakan perubahan itu perlu untuk meningkatkan daya saing dsb. Antara sebab perlunya perubahan adalah:
*untuk bersaing dengan pesaing baru
*ada kemungkinan kehendak pelanggan berubah
*menyediakan organisasi terhadap perubahan polisi kerajaan
*kemunculan teknologi baru
*perubahan budaya atau keperluan tenaga kerja

Perubahan adalah kompleks

Apa sebab?? Kerana ia melibatkan proses evolusi dan revolusi (apa ni?)

Evolusi: perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dan mengambil tempoh masa yang panjang

Revolusi: perubahan yang pantas tetapi biasanya meninggalkan kesan yang memusnahkan

Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perubahan dan untuk tujuan implimentasi, keKOMPLEKSITIan sesuatu perubahan adalah menjadi fokus atau tumpuan utama.

Perubahan itu Multidimensi

Untuk membuat sesuatu perubahan, pelbagai pertimbangan perlu diambil kira dan pertimbangan tersebut adalah untuk memastikan APAKAH dimensi-dimensi yang terlibat dan berkaitan dengan perubahan itu nanti: (jadi apa dia?)

1. Tujuan perubahan
a. Perancangan kepada perubahan adalah untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu
b. Antaranya adalah untuk penambahbaikan pada sesuatu keadaan atau sistem c. Melibatkan 2 jenis pindaan;

i. Perubahan Peringkat Pertama
-perubahan kembali ke keadaan asal
-perubahan meningkatkan keadaan dan prestasi sistem tanpa mengubah sistem

ii. Perubahan Peringkat Kedua
-pindaan drastik aspek dalam sistem (contoh;matlamat, kedudukan dan corak perhubungan) – Barrot & Raybould (1998)

2. Unit perubahan

a. Inilah FOKUS UTAMA dalam satu perubahan terancang
b. Unit-unitnya terdiri daripada
i. Individu
ii. Kumpulan/Pasukan
iii. Jabatan
iv. Organisasi
v. Sistem Organisasi
vi. Komuniti

3. Sifat perubahan

a. Untuk membuat perubahan pada unit yang lebih besar (organisasi), perubahan perlu dilakukan terlebih dahulu pada unit yang lebih kecil (individu) – katanya Mr. Daft pada 1983.

b. Untuk mengubah seseorang itu, mestilah diubah sikap atau tingkah laku atau kedua-duanya sekali (uik apa beza??)

4. Magnitud perubahan

a. Sejauh mana perubahan yang dirancang bakal diimplimentasi
b. Istilah seperti perubahan komprehensif, sistematik etc menunjukkan perubahan berimpak besar.
c. Charles (1977) berkata, perubahan pada skala besar itu menarik tetapi sukar diimplimentasikan, manakala perubahan pada skala kecil mudah diimplimentasi, tetapi impaknya tidak ketara.

5. Skop perubahan

a. Sejauh mana penambahbaikan melalui perubahan ditentukan dengan instrumen penilaian
b. Hall dan Hord (2001) ada menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang boleh diaplikasikan bagi mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangka masa perubahan

a. Pendapat: perubahan yang kesannya berkekalan adalah perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahan yang kesannya hanya sementara saja
b. Ada khilaf dalam aspek hubungan masa dan kesan perubahan
c. 3 jenis perubahan yang dialami pelanggan (Hasil kajian terapi jangka pendek Kottler, 2001):

  • Perubahan spontan, tiada kesan mendalam. Sikap dan amalan asal kembali setelah kesan perubahan hilang.
  • Perubahan minimum akan dicapai hasil daripada tentangan awal.
  • Perubahan yang berterusan adalah satu perubaan yang stabil, progresif dan kekal.
  • Chambers berkata lagi pada tahun yang sama, bahawa suatu perubahan itu adalah berbentuk kitaran yang mana satu kitaran akan berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. Setiap kitaran akan bermula dengan tekanan, kemudian disusuli ubahsuai kepada perubahan yang diimplimentasikan.

Model-model perubahan:

1. Model Penggabungan Roger

  • Proses inovasi bermula apabila sesuatu masalah/keperluan dikenalpasti
  • Masalah/keperluan adalah hasil kajian makmal, penyelidikan kepada keadaan semasa, dan jangkaan terhadap pembangunan masa depan
  • Setelah dikenalpasti, penyelidik akan mengkaji masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaiannya. Kajian ini akan melibatkan fasa eksperimen dan penciptaan yang banyak yang akhirnya menghasilkan inovasi
  • Mr. Roger (1995); Inovasi bukan semestinya hasil penyelidikan. Ia mungkin hasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari penyelesaian kepada masalah yang ada.
  • Ini dikenali sebagai knowing in action, where inovasi yang terhasil daripada pengalaman menjadi penting dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter

  • Mr. Kanter (1998); struktur dan inovasi akan dapat difahami dengan baik sekiranya proses inovasi dibahagikan kepada tugas-tugas utama;
  • 1. Penjanaan Idea
  • 2. Pembinaan Idea
  • 3. Merealisasikan Idea
  • 4. Pemindahan Idea

3. Model Rand

  • Berdasarkan kajian Rand Corporation (1973-1978) yang disokong Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat berkenaan perubahan pendidikan (Dilaporkan oleh Berman & McLaughlin pada 1978)
  • Tujuan utama: menentukan faktor penyebab dan penghalang perubahan pendidikan
  • Membawa ke arah proses mengumpul data dan menganalisa
  • Berman & McLaughlin mengatakan bahawa proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah; Daya Usaha (Initiation) - Implementasi - Penggabungan

4. Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow)

  • Berdasarkan kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah melalui Projek Apple Classroom of Tomorrow.
  • Kesimpulan kajian: Kehendak perubahan dalam P & P telah berkembang secara beransur-ansur.
  • Ada 5 langkash perubahan dalam proses P & P iaitu;
  1. Kemasukan ( Entry
  2. Memilih ( Adoption)
  3. Menyesuaikan ( Adaptation )
  4. Penggunaan ( Appropriation )
  5. Mereka cipta ( Invention )
Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

01 May 2009

Refleksi Kumpulan (Kaedah Mengajar Biologi)

Aktiviti ini juga ada dilakukan semasa kuliah lepas. Tetapi nasib baik kami tidak terpilih untuk membentang. Berikut adalah isi-isi Refleksi Kumpulan berdasarkan Kaedah Mengajar Biologi.

Ahli-ahli kumpulan kami adalah:
1. Siti Fatimah Binti Ariffin (Ketua)
2. Nik Hidayatul Nursa’adah Binti Hussin (Pencatat)
3. Nurhuda Binti Yazid (Pembentang)

Sedikit fakta mengenai ahli kumpulan:
Semua ahli adalah perempuan (tiada ahli lelaki yang berminat untuk menyertai kami, hehe). Semua ahli adalah beragama Islam (agama majoriti). Semua ahli pernah belajar di UMT a.k.a KUSTEM (eh kebetulan ke?). Jadi apa yang berbeza? Ahli-ahli kami berasal dari negeri yang berbeza; Perak, Pahang dan Sabah. Ada dua orang ahli berbangsa Melayu dan seorang ahli bukan Melayu (saya berbangsa Dusun 100%), semua ahli mempunyai warna kulit yang berlainan (tidak berkaitan-sila abaikan!) (^_^)v.

Okey, dalam aktiviti ini kami perlu mengkaji dan penambahbaik masalah yang berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu kami telah mengenalpasti antara tajuk yang bermasalah, iaitu;

Tajuk:
Ozone Depletion (Penipisan Ozon)

Masalah yang biasa dihadapi:
Pelajar tidak dapat memahami pelajaran kerana pembelajaran melibatkan teori dan sukar dibayangkan. (Biasa berlaku kepada pembelajaran melibatkan term chemical dan yang tidak dapat dilihat di depan mata kasar).

Penambahbaikan:
Menggunakan kaedah visual untuk memahamkan pelajar.

1. Penayangan video/animasi mengenai fenomena bagaimana penipisan ozon berlaku dan animasi tindak balas kimia yang berlaku.
2. Menggunakan model bagi bahan kimia atau agen penipisan yang terlibat.
3. Menggunakan gambar rajah untuk menunjukkan kedudukan ozon pada lapisan atmosfera bumi.
4. Mengaitkan dengan fenomena yang sentiasa berlaku dalam kehidupan seharian yang boleh dilihat.

Teknik penambahbaikan ini dapat dilakukan bagi kaedah mengajar secara kuliah. Pada semester ini, kaedah mengajar yang akan dijalankan adalah kerja kumpulan, demonstrasi (bukan jalanan) dan eksperimen. Namun begitu ia masih boleh dijalankan dan mungkin lebih berkesan dan praktikal. Cuma perlu kepada perancangan dan agihan aktiviti agar pelajar tidak clueless semasa P & P...

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Refleksi Diri (BIG II)

Kuliah Isnin lepas juga ada melibatkan aktiviti membuat refleksi diri selepas menjalani BIG II. Apa yang saya fahami daripada aktiviti ini ialah saya perlu membuat kajian tindakan dan penambahbaikan kepada masalah diri sendiri yang saya hadapi, sendiri (?).

Setelah saya merangka dan menilai dan memikir-mikirkan suatu pemikiran untuk menghasilkan hasil pemikiran untuk difikir-fikirkan lagi, makanya saya ringkaskan kepada point-point seperti di bawah ini.

Masalah diri yang dihadapi:
1. Bermasalah dalam pengurusan masa
2. Suka menangguh-nangguhkan kerja
3. Study 'last minute'

Penambahbaikan yang perlu dijalankan:
1. Datang awal setiap kelas
2. Siapkan setiap kerja yang diberi mengikut masa yang ditetapkan
3. Mesti ada masa diluangkan untuk study 'bukan last minute'

Matlamat (umum):
1. Memperbaiki pengurusan masa dan pengurusan kerja

Objektif (khusus):
1. Datang awal pada setiap kelas
2. Siapkan segala kerja tepat pada masanya)
3. Mengulangkaji pelajaran pada setiap hari

Pelan tindakan:
1. Setiap hari mengambil bas ke kelas 30 minit sebelum waktu kuliah.
2. Sediakan senarai semak waktu sampai ke kelas dan isikan sebaik saja tiba di kelas.
3. Senaraikan tugasan yang diberikan beserta due date dan tentukan priority kerja.
4. Buat kerja mengikut priority yang ditentukan.
5. Sediakan jadual mengulangkaji pelajaran beserta senarai semak.
6. Ulangkaji setiap pelajaran yang telah dipelajari setiap hari dan tanda senarai semak.

Pantauan:
1. Senarai semak yang telah diisi ditunjukkan kepada rakan untuk disemak.
2. Senarai semak dipaparkan di blog/portfolio individu untuk dilihat atau disemak.

Penilaian:
1. Prestasi dan pencapaian mingguan dinilai sama ada mencapai matlamat atau tidak dengan cara penilaian bersama rakan. Atau komen dari mereka yang menyemak.

Mungkin saya perlu melantik (menentukan) siapa yang dapat menolong saya untuk membuat semakan, pantauan dan penilaian tersebut. Ada sesiapa nak tolong?? (^_^)

Kajian Tindakan (tanda-menanda bermula Isnin depan...)

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kuliah lepas adalah mengenai reka bentuk kajian tindakan. Menurut yang saya fahami, kajian tindakan mempunyai elemen reka bentuk asal iaitu melibatkan proses-proses seperti merancang - bertindak - pemerhatian -refleksi. Terdapat beberapa (actually banyak!) model reka bentuk yang telah dipaparkan oleh Dr. Siti dalam kuliah tersebut. Saya akan menyentuh serba sedikit mengenainya.

Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. (Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan). Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.

lawa pula lah kitar reka bentuk ni (^_^)...


Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;

1). Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya

dan begitu berikutnya melalui beberapa kitar...


Seterusnya adalah Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.


Yang ini Stephen Kemmis punya juga, cuma dalam bentuk rerangka. Diletakkan untuk lebih jelas sebab huruf kecil sangat bagi yang rajah atas ni, kan?.



Terdapat banyak lagi reka bentuk lain. Ada yang rumit dan ada yang ringkas tapi berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sumber: Institute for Community Learning

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

26 April 2009

Buku Action Research untuk tugasan ulasan

Setelah mencari buku di perpustakaan melalui OPAC Gemilang dan manual search, hanya sedikit sahaja buku yang kami perolehi dengan tajuk Action Research. Yang banyak adalah mengenai educational research.

Saya telah memilih sebuah buku berwarna hitam daripada rak buku-buku berkod LB di bahagian PTSL-Pasca.

Buku tersebut:

Pengarang: Jean McNiff dan Jack Whitehead
Tahun Terbitan: 2006
Tajuk Buku: All you need to know about Action Research
Negeri Penerbit: London
Penerbit: SAGE Publications

Oleh kerana buku itu kini sedang berada di kedai fotostat kerana saya nak fotostat supaya boleh saya conteng-conteng... Nanti bila dia berada di tangan saya.. Saya cuba dapatkan gambarnya...
Oh ya, hampir terlupa. Saya telah cuba mencari buku Action Research di Pesta Buku @ PWTC hari Khamis lepas, tetapi kerana kesuntukan masa, hanya berjumpa dengan beberapa buah buku berkulit biru muda yang tebal + keras, dan saya rasa terlalu best harganya iaitu dalam area RM 415 - RM495 macam tu (duit kat tangan pun tak sampai separuh dari harga buku tu), jadi saya memutuskan untuk memilih buku Jean McNiff & Jack Whitehead sahaja dulu. Mungkin di masa lain akan berjumpa dengan buku yang lebih ekonomi dan paper-back untuk rujukan sendiri.

[Update 23 Mei 2009]

Oh, saya hampir terlupa untuk meletakkan gambar buku tersebut di sini... Oleh itu, ini dia bukunya... Warna hitam dan tulisan silver... Mungkin publisher punya favorite color kut..

Saya edit sedikit dengan Photoscape untuk menaikkan warnanya yang suram selepas disnap kerana webcam saya tiada flash. Webcam orang lain ada yang ada flash ke? (^^,) Hehe.


Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

25 April 2009

Kajian Tindakan ~ Action Research

Kajian Tindakan... (erk...)

Adalah salah satu jenis penyelidikan dalam pendidikan.
Kajian jenis ini ada perbezaannya dengan kajian-kajian bentuk lain.
Antaranya ialah Kajian Tindakan lebih berbentuk kualitatif di mana data-data yang diperolehi oleh pengkaji adalah dalam bentuk bukan statistik bernombor tetapi dalam bentuk data pemerhatian (tingkah laku dan sebagainya).

Tujuan:

Tujuan Kajian Tindakan juga tidak memfokuskan kepada punca atau sebab sesuatu masalah, tetapi lebih menitikberatkan apa yang boleh diperbaiki atau dipertingkatkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Konsep:

Kajian Tindakan adalah berbentuk atau berkonsepkan refleksi penyelesaian masalah, di mana terlibatnya proses-proses kajian seperti membuat perancangan, mengambil tindakan, membuat pemerhatian dan kemudian membuat refleksi. Proses-proses ini tidak berjalan sekali sahaja, tetapi berulang-ulang kali bagi mendapatkan penambahbaikkan atau penyelesaian kepada masalah yang dipilih.

Jenis-jenis Kajian Tindakan:

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (4 la):
1. Kajian guru secara individu ~ isu dalam satu kelas sahaja
2. Kajian secara kolaboratif ~ isu dalam beberapa kelas yang mempunyai masalah yang sama
3. Kajian dalam sekolah ~ isu luas melibatkan masalah mencakupi sekolah
4. Kajian dalam daerah ~ isu masalah mencakupi struktur organisasi sedaerah

Contoh:

Sebagai contoh seseorang guru mungkin membuat kajian mengenai
"Bagaimana saya meningkatkan pelajar untuk membuat pembentangan di hadapan kelas dengan yakin"(Erk, boleh ke contoh ni Dr Siti?) Cuba jelah..

Guru tersebut mungkin mendapati bahawa ramai (atau ada) pelajar di dalam kelasnya tidak memberi sepenuh keupayaan atau berusaha yang terbaik untuk memberi pembentangan yang bagus di hadapan rakan-rakan sekelasnya. (Buat sambil lewa, cakap tah apa-apa dan lain-lain). Dalam kajian tindakan ini, guru tidak terlalu memfokuskan kepada kenapa pelajar tersebut tidak berusaha sebaik mungkin. Namun guru perlu juga mengetahui punca-punca ini untuk beliau ambil atau memilih langkah-langkah sesuai untuk meneruskan kajian / untuk diperhatikan (langkah-langkah bagi membolehkan pelajar berusaha lebih baik) ~ langkah penyelesaian lah kira..

Oleh itu, guru tersebut mungkin memilih beberapa cara untuk dicuba bagi meningkatkan keinginan pelajar melakukan pembentangan yang terbaik di dalam kelas. Mungkin guru tersebut akan mencuba satu demi satu langkah yang telah beliau senaraikan, dan melihat hasil pemerhatian iaitu bagaimana respon pelajar apabila sesuatu langkah diambil.

Setiap kali selesai satu langkah diperhatikan, guru membuat refleksi mengenai langkah tersebut dan sekiranya tidak berjaya, seterusnya beliau memulakan langkah yang lain pula... dan begitulah seterusnya... sehinggalah setiap pelajar dapat membuat usaha yang terbaik dalam menyampaikan pembentangan di dalam kelas.

Pendek kata (panjang tak kata apa-apa (^_^)), kajian tindakan ini adalah proses guru mengubahsuai atau membuat sesuatu perubahan dalam kaedah atau amalan pengajaran bagi memastikan sesuatu masalah pembelajaran dapat diperbaiki dan diselesaikan.
Setakat ini sahaja dulu... Harap mendapat teguran para pensyarah sekiranya ada kesilapan..


Thank You For Reading Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post (^_^)

23 April 2009

Tugasan Dalam Blog: Satu refleksi

Artikel ini sebenarnya ditulis pada [23 Mei 2009] tukar tarikh post untuk mengelakkan kekeliruan tugasan.

Buat apa saya tulis post ini ya? Saja-saja... Saja?? (Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'saja', buka kamus, ada kah? Nanti cari..)..

Actually, sedang saya menyiapkan tugasan ulasan buku sambil melakukan blog-walking atau blog-strolling, hobi yang kian popular dikalangan blogger sedunia, saya mendapati bahawa aktiviti melakukan tugasan dalam blog ini telah memberi satu lagi manfaat yang bagus kepada saya. Apa itu?

Saya selalunya mengembara ke blog-blog lain untuk meninjau aktiviti rakan-rakan sekuliah, agar tidak ketinggalan dalam mengupdate kandungan blog serta memastikan bahawa saya tidak tersalah post fakta dalam posting-posting saya. Apa yang saya dapati ialah, saya bukan sahaja dapat 2 perkara tersebut, malah saya dapat mengenali rakan-rakan saya yang lain dengan lebih dekat. Bagaimana pula?

Yalah, kan ada profile dalam blog masing-masing, dan kebanyakan rakan sekuliah ini pula terdiri daripada mereka yang skema-skema, lawa-lawa, hensem-hensem dan pandai bergaya belaka, (ada yang sudah mengembang dan mengempis dengan statement ini? Control yourself! Or else you will expand the size of your nostril, hehehe) telah meletakkan gambar wajah-wajah ceria mereka dan nama (some put full name) dalam profile tersebut. Saya pula bukannya kenal dengan kesemua rakan ini semasa dalam kuliah, jadi bila dah ada nama dan gambar dalam blog masing-masing, lebih mudahlah saya mengenali dan mengingati mereka. Kalau ada yang terkonfius tu, minta maaf la ye..

Jadi saya berterima kasih dengan para pensyarah yang telah memperkenalkan aktiviti ini sebagai satu cara membuat tugasan especially Dr. Siti Fatimah & Puan Sakinah. Even saya masih belum mahir dalam mengurus masa dan meletakkan prioriti kerja dalam tugasan seharian, I should be thankful to God creation.. Eh, maksud saya, I thank you for this reason I'll get to know my friends more.. and more...

Okay sambung buat kerja, ini just intermission saja... It just pop-out of my mind right now, so I think I'll just take five and write about it, here...

So, kawan-kawan.. Gambaremashio! \(^_^)q p(^_^)/ Itarakimasu! (makan blog ke apa?!)

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Action Research ~ Kajian Tindakan


Action Research...
Get ready to be a little bit complicated...


Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

22 April 2009

.: Welcome to GGGB5023 :.

Kod Subjek: GGGB 5023
Subjek: Kajian Tindakan Dalam Pendidikan
Lecturer:

Dr. Siti Fatimah Mohd Yassin
Hjh Halimah Harun
Puan Nor Sakinah Mohamad
Dr. Mohd Izham Hamzah

Kuliah 1 sudah...
Tugasan 1 dah dapat...
Setup blog baru siap...

So... Mari cuba mulakan...

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)