25 April 2009

Kajian Tindakan ~ Action Research

Kajian Tindakan... (erk...)

Adalah salah satu jenis penyelidikan dalam pendidikan.
Kajian jenis ini ada perbezaannya dengan kajian-kajian bentuk lain.
Antaranya ialah Kajian Tindakan lebih berbentuk kualitatif di mana data-data yang diperolehi oleh pengkaji adalah dalam bentuk bukan statistik bernombor tetapi dalam bentuk data pemerhatian (tingkah laku dan sebagainya).

Tujuan:

Tujuan Kajian Tindakan juga tidak memfokuskan kepada punca atau sebab sesuatu masalah, tetapi lebih menitikberatkan apa yang boleh diperbaiki atau dipertingkatkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Konsep:

Kajian Tindakan adalah berbentuk atau berkonsepkan refleksi penyelesaian masalah, di mana terlibatnya proses-proses kajian seperti membuat perancangan, mengambil tindakan, membuat pemerhatian dan kemudian membuat refleksi. Proses-proses ini tidak berjalan sekali sahaja, tetapi berulang-ulang kali bagi mendapatkan penambahbaikkan atau penyelesaian kepada masalah yang dipilih.

Jenis-jenis Kajian Tindakan:

Kajian tindakan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (4 la):
1. Kajian guru secara individu ~ isu dalam satu kelas sahaja
2. Kajian secara kolaboratif ~ isu dalam beberapa kelas yang mempunyai masalah yang sama
3. Kajian dalam sekolah ~ isu luas melibatkan masalah mencakupi sekolah
4. Kajian dalam daerah ~ isu masalah mencakupi struktur organisasi sedaerah

Contoh:

Sebagai contoh seseorang guru mungkin membuat kajian mengenai
"Bagaimana saya meningkatkan pelajar untuk membuat pembentangan di hadapan kelas dengan yakin"(Erk, boleh ke contoh ni Dr Siti?) Cuba jelah..

Guru tersebut mungkin mendapati bahawa ramai (atau ada) pelajar di dalam kelasnya tidak memberi sepenuh keupayaan atau berusaha yang terbaik untuk memberi pembentangan yang bagus di hadapan rakan-rakan sekelasnya. (Buat sambil lewa, cakap tah apa-apa dan lain-lain). Dalam kajian tindakan ini, guru tidak terlalu memfokuskan kepada kenapa pelajar tersebut tidak berusaha sebaik mungkin. Namun guru perlu juga mengetahui punca-punca ini untuk beliau ambil atau memilih langkah-langkah sesuai untuk meneruskan kajian / untuk diperhatikan (langkah-langkah bagi membolehkan pelajar berusaha lebih baik) ~ langkah penyelesaian lah kira..

Oleh itu, guru tersebut mungkin memilih beberapa cara untuk dicuba bagi meningkatkan keinginan pelajar melakukan pembentangan yang terbaik di dalam kelas. Mungkin guru tersebut akan mencuba satu demi satu langkah yang telah beliau senaraikan, dan melihat hasil pemerhatian iaitu bagaimana respon pelajar apabila sesuatu langkah diambil.

Setiap kali selesai satu langkah diperhatikan, guru membuat refleksi mengenai langkah tersebut dan sekiranya tidak berjaya, seterusnya beliau memulakan langkah yang lain pula... dan begitulah seterusnya... sehinggalah setiap pelajar dapat membuat usaha yang terbaik dalam menyampaikan pembentangan di dalam kelas.

Pendek kata (panjang tak kata apa-apa (^_^)), kajian tindakan ini adalah proses guru mengubahsuai atau membuat sesuatu perubahan dalam kaedah atau amalan pengajaran bagi memastikan sesuatu masalah pembelajaran dapat diperbaiki dan diselesaikan.
Setakat ini sahaja dulu... Harap mendapat teguran para pensyarah sekiranya ada kesilapan..


Thank You For Reading Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post (^_^)

No comments:

Post a Comment

Please specify your name, nick-name and site, thanks for commenting...eh, commening..urm...commentating(?) (^_^)