05 June 2009

Pengumpulan Data - Kuliah Puan Sakinah

Kuliah dimulakan dengan muhasabah diri di mana Puan Sakinah mengingatkan kami bahawa dalam hidup ini kita ada melakukan tindakan dan muhasabah (refleksi) tetapi tidaklah secara sistematik atau didokumentasikan. Sememangnya umat Islam juga dituntut untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi "lebih baik dari semalam..."

Pengenalan

Untuk mengumpul data, pelbagai kaedah dapat digunakan. Sesuatu cara tersebut tidak semestinya memberi pengkaji data yang berkualiti tinggi, oleh itu perlu untuk dipelajari cara yang sebenar-benarnya (melalui ketelitian yang tinggi) untuk melakukan kajian agar hasil dapatan dapat memberi manfaat kepada orang lain (boleh digunakan).

Kenapa perlu data yang berkualiti tinggi?

Ini adalah kerana: Apa yang dilakukan oleh guru merupakan amanah/tanggungjawab kita terhadap para pelajar. Guru perlu mengajar dengan betul dan bukan secara semberono sahaja. Sekiranya pengajaran/kerja dilakukan dengan tidak sempurna, pasti memberi suatu implikasi yang negatif kepada pelajar. Ia juga sebagai usaha berterusan untuk memperbaiki mutu pengajaran dari semasa ke semasa. Guru akan dapat meningkatkan kecekapan diri dan lebih bersedia daripada orang lain selain dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Apa kriteria bagi KUALITI?

Ada 2 rukun sains dalam setiap apa penyelidikan yang dilakukan, dan ini sama juga dalam penyelidikan seperti kajian tindakan. 2 kriteria utama bagi KUALITI ialah KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN. Kedua-dua konsep ini sangat kritikal dalam sesuatu penyelidakan.

KESAHAN ialah kebenaran data yang diperolehi, yang mana sama ada data tersebut dapat mengukur dan mencerminkan fenomena khusus sesuatu kajian atau tidak. Sekiranya kesahan dapat dipastikan, YA maka data adalah berkualiti.

KEBOLEHPERCAYAAN adalah mengenai ketepatan data. Masalah ke'takbolehpercayaan' terhadap ketepatan data berlaku apabila dalam kajian, sampel yang terlibat/atau diperolehi hanya sedikit sahaja. Contohnya jika kajian adalah mengenai pelajar di sebuah sekolah di pedalaman Sabah sahaja, maka dapatan tidak boleh dikatakan sama mewakili pelajar-pelajar di seluruh dunia (memang tak boleh percaya ini data ooo..). Oleh itu, bagi menambahbaik data, pengkaji perlu sentiasa menanya diri sendiri, (1) Maklumat yang diperolehi ini adakah mewakili realiti dengan tepat? dan ke(2) Ada tak sebab untuk saya syak kepada ketepatan data tersebut?

Ada 5 tahap penting dalam Kajian Tindakan

1- Mengenal pasti masalah
2- Perancangan Tindakan
3- Pengumpulan Data
4- Analisis Data
5- Perancangan untuk tindakan seterusnya

Pengumpulan Data

Apabila kita hendak mengumpul data, beberapa soalan bolehlah kita tanya pada diri.
Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk kita dapat menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini?
Bagaimana kita hendak pastikan bahawa pengumpulan data itu didapati daripada pelbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data

Terdapat beberapa (banyak juga) alat yang disenaraikan, antaranya ialah:
-Pemerhatian (video tape)
-Nota guru dan komen
-Kerja pelajar
-Refleksi pelajar & kerja pelajar
-Jurnal pelajar
-Ujian
-Tinjauan soal selidik
-Temuduga (audio tape)

Tugasan

Kami juga telah diberi tugasan untuk (1) Mengemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya mengenai pengumpulan data, dan (2) Nanti akan ada soal jawab semula di dalam kuliah... Itu sahaja setakat hari itu...(rasanya...)

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Pembentangan Proposal - Kuliah Hajah Halimah

Pada kali ini, kuliah Hajah Halimah adalah untuk pembentangan hasil kerja Proposal Kajian Tindakan. Hanya beberapa kumpulan bertuah sahaja (setakat hari itu) yang terpilih untuk membentangkan hasil perbincangan proposal kajian tindakan mereka.

Mereka yang terpilih akan bercakap setiap seorang di hadapan mengenai proposal kajian tindakan mereka dan Hajah Halimah membincang bersama-sama kami mengenai kajian tindakan tersebut. Antara yang dibincangkan ialah

Adakah tajuk yang dikemukan itu sesuai atau tidak / boleh dijalankan atau perlu diubahsuai...

Adakah istilah yang digunakan betul, sesuai atau tidak...

Apa yang akan diukur dalam kajian tindakan itu (bentuk data serta analisis datanya)...

Mengapa/ apa tujuan/sebab kajian itu hendak dijalankan...

Keboleh'buat'an kajian tersebut (dari segi method dan seumpama denganya)

Nasib baik kumpulan kami belum lagi terpilih untuk membentang, oleh itu kami telah membuat lagi sekali perbincangan untuk memperbaiki proposal yang telah dihantar. Kumpulan kami telah menambah detail-detail penting seperti jenis data yang akan dikumpul serta cara analisis data tersebut. Kami juga telah mengubahsuai tajuk kami dan membuang 'kefahaman' dari ayat tajuk.

Tajuknya (seperti post kuliah Hajah Halimah sebelumnya):

Meningkatkan minat pelajar kepada subjek Biologi (Spesies Terancam) melalui pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah (Zoo).

Fail akan cuba diattach kemudian... Harap maaf...

Kemudian ada aktiviti best lagi iaitu mengenai personaliti peribadi seseorang melalui tarikh lahir yang kemudian dikategorikan kepada beberapa unsur alam iaitu TANAH, LOGAM, AIR, API, KAYU dan ANGIN(?) (iyeke angin ek, ke udara..tak berapa pasti). Tapi saya tidak cuba untuk menguji tarikh lahir saya... atau lebih tepat lagi tak berani hehehe... Apa pun aktiviti ini best amat dan menguja pelajar-pelajar DPLI semuanya...

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

Proposal Kajian Tindakan - Kuliah Hajah Halimah

Antara sesi 'pemulaan' kuliah yang best yang pernah saya ikuti (^_^)/..

Kuliah pertama oleh Hajah Halimah, beliau telah meminta kami untuk menuliskan beberapa maklumat peribadi yang penting dalam sehelai kertas A4 (wajib A4 saja, kertas kecik tak boleh).
Antaranya ialah Nama Penuh, Nombor Matrik, Program... Kemudian kami diminta menjawab beberapa soalan seperti;

Siapakah guru yang disukai, cikgu itu ajar subjek apa, serta berikan sebab kenapa suka cikgu tersebut...

Siapakah guru yang tidak disukai dan kenapa tidak suka cikgu tu...

Apakah tugas atau peranan seseorang guru itu (pada pandangan anda) dan kenapa anda nak jadi guru...

Jawapan saya bagi soalan yang pertama ialah:

Antara guru/pendidik yang sangat saya sukai ialah Cikgu Norihah Bt Bachok. Dia tidak mengajar di sekolah sebab dia guru kaunselor sekolah semasa saya Form 4. Sebab saya suka dengan cikgu Norihah adalah kerana dia seorang yang sangat memahami pelajar, rapat dengan pelajar serta sentiasa menginspirasikan pelajar (bagi saya lah). Pada masa itu saya lihat beliau berjaya memotivasi seorang pelajar, dari seorang yang tidak menonjol dan sentiasa dilabel sebagai bermasalah, kepada seorang pelajar yang aktif dan mewakili sekolah sehingga ke peringkat Kebangsaan (rasanya lah, kalau tak pun Negerilah). Ini telah menaikkan semangat dan keyakinan pelajar tersebut bahawa dia juga seorang yang mempunyai kelebihan dan keupayaan tersendiri yang ada pelajar-pelajar lain tidak dapat lakukan. Dia menjadi salah seorang pendidik yang memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi pendidik yang cuba untuk mendekati dan memahami pelajar.

Yang kedua (ada yang kedua???) ialah Dr. M (gelaran) di UMT. Saya ingat lagi kuliah pertama beliau yang tersangat inspiring hingga pada akhir kelas, semua pelajar bertepuk tangan dengan bersemangatnya! Kuliah beliau tidak pernah membosankan, walaupun beliau mengajar subjek Polisi yang penuh dengan fakta-fakta dan akta-akta... Kami sentiasa diupdate dengan informasi-informasi baru dalam dan luar negeri dalam pelbagai bidang (sejarah, kewangan, politik dan seumpama dengannya =P). Pendek kata, best la! Tambahan: dia juga seorang yang good looking (walaupun sudah agak berumur) dan dia juga sangat cergas+aktif di kelas sampai turun naik pentas untuk bagi kuliah, memang pelajar pun teruja untuk mendengar sebab dia bersemangat nak bagi kuliah!

Jawapan untuk soalan kedua:

Tak ingat ada letak nama atau tidak, tapi sebab saya tak suka kerana cikgu itu suka marah-marah (baran habis!) tak tentu pasal, sampai kanak-kanak tak tahu melukis pun dia pukul, dan suka sangat mengGARANGkan diri di mana jua dia berada, di kelas, di padang pada hari sukan, atau di mana jua (dulu masa budak-budak rasa dia garang every now & there)... Kemudian pada guru yang tiada consideration, skema gila nak ikut peraturan sampai tak ada tolak ansur walaupun kes kecemasan, tak empati pada situasi pelajar serta suka mencari kesalahan pelajar. Semoga saya dijauhkan dari menjadi guru seperti ini... Ini pengalaman masa sekolah rendah & menengah dulu la.. Terbawa-bawa sampai ke sekarang...

Jawapan untuk soalan ketiga: (diringkaskan saja dan mungkin ada sedikit berbeza dari yang dihantar)

Bagi saya peranan guru adalah sebagai ibu bapa kedua pelajar yang mana beliaulah yang akan mencorakkan seorang pelajar itu di sekolah. Guru ada amanah yang besar untuk mendidik pelajar serta berkongsi ilmu pengetahuan yang beliau ada untuk pelajar tersebut menjadi seorang insan yang berguna. Guru juga adalah medium pembinaan ketamadunan bangsa dan negara, kerana tanpa ilmu dan guru yang mengajarkannya, sukar bagi sebuah negara untuk bangun sebagai sebuah negara maju. (Uish, cam skema jawapan nih).

Yang terakhir sekali kami diminta untuk melukis gambar pokok. saya melukis gambar pokok yang saiznyan separuh daripada kertas A4 (taklah besar sangat) siap dengan aksesori buah-buah mangga dan sarang burung beserta burungnya sekali... Hahaha..

Daripada apa yang kami hantar Hajah Halimah memberi beberapa komen dan ulasan penting iaitu sebenarnya tugas dan peranan guru adalah berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada dengan para pelajar. Kita sebagai guru ada ilmu yang kita tahu, dan mereka sebagai pelajar juga ada ilmu yang mereka tahu tetapi kita tidak tahu. Yang mana dikonklusikan dalam satu falsafah yang menarik iaitu EDUCATION IS A SHARING PROFESSION.

Yup, I'm agree to that.

Seterusnya aktiviti kedua adalah mewujudkan kumpulan berlima serta mereka tajuk Kajian Tindakan yang akan dilakukan. Kumpulan mesti berbagai latar belakang dan terdiri daripada lelaki dan perempuan untuk kerjasama yang dinamik dan efektif.

Ahli-ahli kami adalah:

Tengku Hamdan Tengku Ibrahim (Ketua)
Siti Fatimah Ariffin
Siti Sara Abdul Rahman
Zainun Yassin
Nurhuda Yazid (saya)

Beberapa tajuk cuba diusulkan tetapi tidak diterima dan akhirnya kami memilih tajuk:

Meningkatkan Minat Pelajar Kepada Subjek Biologi (Topik Spesies Terancam) Melalui Pengajaran dan Pembelajaran Luar Bilik Darjah (iaitu di Zoo)

Update akan diberi kemudian...


Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)