05 June 2009

Pengumpulan Data - Kuliah Puan Sakinah

Kuliah dimulakan dengan muhasabah diri di mana Puan Sakinah mengingatkan kami bahawa dalam hidup ini kita ada melakukan tindakan dan muhasabah (refleksi) tetapi tidaklah secara sistematik atau didokumentasikan. Sememangnya umat Islam juga dituntut untuk sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi "lebih baik dari semalam..."

Pengenalan

Untuk mengumpul data, pelbagai kaedah dapat digunakan. Sesuatu cara tersebut tidak semestinya memberi pengkaji data yang berkualiti tinggi, oleh itu perlu untuk dipelajari cara yang sebenar-benarnya (melalui ketelitian yang tinggi) untuk melakukan kajian agar hasil dapatan dapat memberi manfaat kepada orang lain (boleh digunakan).

Kenapa perlu data yang berkualiti tinggi?

Ini adalah kerana: Apa yang dilakukan oleh guru merupakan amanah/tanggungjawab kita terhadap para pelajar. Guru perlu mengajar dengan betul dan bukan secara semberono sahaja. Sekiranya pengajaran/kerja dilakukan dengan tidak sempurna, pasti memberi suatu implikasi yang negatif kepada pelajar. Ia juga sebagai usaha berterusan untuk memperbaiki mutu pengajaran dari semasa ke semasa. Guru akan dapat meningkatkan kecekapan diri dan lebih bersedia daripada orang lain selain dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Apa kriteria bagi KUALITI?

Ada 2 rukun sains dalam setiap apa penyelidikan yang dilakukan, dan ini sama juga dalam penyelidikan seperti kajian tindakan. 2 kriteria utama bagi KUALITI ialah KESAHAN dan KEBOLEHPERCAYAAN. Kedua-dua konsep ini sangat kritikal dalam sesuatu penyelidakan.

KESAHAN ialah kebenaran data yang diperolehi, yang mana sama ada data tersebut dapat mengukur dan mencerminkan fenomena khusus sesuatu kajian atau tidak. Sekiranya kesahan dapat dipastikan, YA maka data adalah berkualiti.

KEBOLEHPERCAYAAN adalah mengenai ketepatan data. Masalah ke'takbolehpercayaan' terhadap ketepatan data berlaku apabila dalam kajian, sampel yang terlibat/atau diperolehi hanya sedikit sahaja. Contohnya jika kajian adalah mengenai pelajar di sebuah sekolah di pedalaman Sabah sahaja, maka dapatan tidak boleh dikatakan sama mewakili pelajar-pelajar di seluruh dunia (memang tak boleh percaya ini data ooo..). Oleh itu, bagi menambahbaik data, pengkaji perlu sentiasa menanya diri sendiri, (1) Maklumat yang diperolehi ini adakah mewakili realiti dengan tepat? dan ke(2) Ada tak sebab untuk saya syak kepada ketepatan data tersebut?

Ada 5 tahap penting dalam Kajian Tindakan

1- Mengenal pasti masalah
2- Perancangan Tindakan
3- Pengumpulan Data
4- Analisis Data
5- Perancangan untuk tindakan seterusnya

Pengumpulan Data

Apabila kita hendak mengumpul data, beberapa soalan bolehlah kita tanya pada diri.
Apakah jenis data yang perlu kita kumpul untuk kita dapat menjawab persoalan-persoalan dalam kajian ini?
Bagaimana kita hendak pastikan bahawa pengumpulan data itu didapati daripada pelbagai perspektif?

Alat Pengumpulan Data

Terdapat beberapa (banyak juga) alat yang disenaraikan, antaranya ialah:
-Pemerhatian (video tape)
-Nota guru dan komen
-Kerja pelajar
-Refleksi pelajar & kerja pelajar
-Jurnal pelajar
-Ujian
-Tinjauan soal selidik
-Temuduga (audio tape)

Tugasan

Kami juga telah diberi tugasan untuk (1) Mengemaskini proposal yang telah dibuat sebelum ini khususnya mengenai pengumpulan data, dan (2) Nanti akan ada soal jawab semula di dalam kuliah... Itu sahaja setakat hari itu...(rasanya...)

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

No comments:

Post a Comment

Please specify your name, nick-name and site, thanks for commenting...eh, commening..urm...commentating(?) (^_^)