10 May 2009

[Teori Perubahan] - (Kuliah 3- Dr. Izham)


"The only constant thing in life is changes"
[Hanya satu perkara yang tetap berterusan dalam kehidupan, iaitu perubahan]


Ini kata Dr. Hasnah dalam kelas LD hari itu... Saja letaklah... Ok time for kuliah Dr. Izham yang best (tapi banyaknya input).. Maafkan saya kerana lambat mengupdate kerana saya memang slow banyak dalam bab-bab membuat nota sendiri ni. Macam mana nak tingkatkan? Alamak kena buat kajian tindakan baru pula nanti... Ups.. Nota kuliah!

Teori perubahan dalam pendidikan

Masa depan dunia yang mencabar memerlukan manusia untuk sentiasa bersedia untuk menghadapinya, dan faktor utama yang boleh menyediakan manusia kepada situasi tersebut adalah bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan pula, perkara yang sememangnya tidak dapat dielakkan ialah PERUBAHAN. (Adush, skema la pula nota ni, rasa ‘seriusnya’ la pula, tidak mengapalah).

Minggu lepas pembelajaran kuliah kajian tindakan adalah mengenai Teori Perubahan. Saya sendiri baru mengetahui bahawa rupanya ada lah pula teori untuk perubahan. (Bagusnya!)

Menurut Mr. Oliver (1996), apabila dibandingkan dengan fenomena KESTABILAN, fenomena PERUBAHAN adalah lebih menunjukkan ciri-ciri pendidikan kerana apabila berlakunya sesuatu PERUBAHAN, boleh dikatakan proses pendidikan juga telah berlaku. Ada masanya, perubahan dalam pendidikan akan menyebabkan KETIDAKPASTIAN yang mana KETIDAKPASTIAN ini sepatutnya dielakkan kerana ia merupakan salah satu penyebab kepada keruntuhan masa depan generasi muda.


Menurut Mr. Dessler (1995), ada 4 jenis perubahan iaitu;

1). Perubahan Ke Arah Peningkatan
-memberi kesan kepada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu organisasi, contohnya:
*perubahan struktur
*pengaplikasian teknologi baru
*program pembangunan pekerja untuk memperbaiki komitmen dan hasil kerja

2). Perubahan Strategik Organisasi
-melibatkan organisasi secara keseluruhan
*memberi semula makna yang baru kepada peranan organisasi tersebut
*perubahan dalam aspek seperti nilai teras, struktur dan strategi
*memperbaharui misi
*menambahbaik tugas, peranan, tanggungjawab, dan sistem ganjaran pekerja

3). Perubahan Reaktif
-akan berlaku hasil daripada respon terus dari pelanggan atau pihak berkepentingan
*isu-isu persekitaran dan etika yang memerlukan perubahan oleh organisasi
*perubahan dari segi prosedur dan cara layanan pelanggan yang mesti diubah

4). Perubahan Akibat Jangkaan
-berlaku bukan hasil desakan luar (seperti pelanggan), tetapi atas kesedaran yang datang daripada pihak pengurusan/pentadbian sendiri yang merasakan perubahan itu perlu untuk meningkatkan daya saing dsb. Antara sebab perlunya perubahan adalah:
*untuk bersaing dengan pesaing baru
*ada kemungkinan kehendak pelanggan berubah
*menyediakan organisasi terhadap perubahan polisi kerajaan
*kemunculan teknologi baru
*perubahan budaya atau keperluan tenaga kerja

Perubahan adalah kompleks

Apa sebab?? Kerana ia melibatkan proses evolusi dan revolusi (apa ni?)

Evolusi: perubahan yang menghasilkan kesan yang sedikit dan mengambil tempoh masa yang panjang

Revolusi: perubahan yang pantas tetapi biasanya meninggalkan kesan yang memusnahkan

Bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perubahan dan untuk tujuan implimentasi, keKOMPLEKSITIan sesuatu perubahan adalah menjadi fokus atau tumpuan utama.

Perubahan itu Multidimensi

Untuk membuat sesuatu perubahan, pelbagai pertimbangan perlu diambil kira dan pertimbangan tersebut adalah untuk memastikan APAKAH dimensi-dimensi yang terlibat dan berkaitan dengan perubahan itu nanti: (jadi apa dia?)

1. Tujuan perubahan
a. Perancangan kepada perubahan adalah untuk mencapai tujuan-tujuan tertentu
b. Antaranya adalah untuk penambahbaikan pada sesuatu keadaan atau sistem c. Melibatkan 2 jenis pindaan;

i. Perubahan Peringkat Pertama
-perubahan kembali ke keadaan asal
-perubahan meningkatkan keadaan dan prestasi sistem tanpa mengubah sistem

ii. Perubahan Peringkat Kedua
-pindaan drastik aspek dalam sistem (contoh;matlamat, kedudukan dan corak perhubungan) – Barrot & Raybould (1998)

2. Unit perubahan

a. Inilah FOKUS UTAMA dalam satu perubahan terancang
b. Unit-unitnya terdiri daripada
i. Individu
ii. Kumpulan/Pasukan
iii. Jabatan
iv. Organisasi
v. Sistem Organisasi
vi. Komuniti

3. Sifat perubahan

a. Untuk membuat perubahan pada unit yang lebih besar (organisasi), perubahan perlu dilakukan terlebih dahulu pada unit yang lebih kecil (individu) – katanya Mr. Daft pada 1983.

b. Untuk mengubah seseorang itu, mestilah diubah sikap atau tingkah laku atau kedua-duanya sekali (uik apa beza??)

4. Magnitud perubahan

a. Sejauh mana perubahan yang dirancang bakal diimplimentasi
b. Istilah seperti perubahan komprehensif, sistematik etc menunjukkan perubahan berimpak besar.
c. Charles (1977) berkata, perubahan pada skala besar itu menarik tetapi sukar diimplimentasikan, manakala perubahan pada skala kecil mudah diimplimentasi, tetapi impaknya tidak ketara.

5. Skop perubahan

a. Sejauh mana penambahbaikan melalui perubahan ditentukan dengan instrumen penilaian
b. Hall dan Hord (2001) ada menghasilkan satu instrumen tahap-tahap penggunaan inovasi yang boleh diaplikasikan bagi mengenal pasti respons individu terhadap sesuatu perubahan sikap dan amalan.

6. Jangka masa perubahan

a. Pendapat: perubahan yang kesannya berkekalan adalah perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahan yang kesannya hanya sementara saja
b. Ada khilaf dalam aspek hubungan masa dan kesan perubahan
c. 3 jenis perubahan yang dialami pelanggan (Hasil kajian terapi jangka pendek Kottler, 2001):

  • Perubahan spontan, tiada kesan mendalam. Sikap dan amalan asal kembali setelah kesan perubahan hilang.
  • Perubahan minimum akan dicapai hasil daripada tentangan awal.
  • Perubahan yang berterusan adalah satu perubaan yang stabil, progresif dan kekal.
  • Chambers berkata lagi pada tahun yang sama, bahawa suatu perubahan itu adalah berbentuk kitaran yang mana satu kitaran akan berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun. Setiap kitaran akan bermula dengan tekanan, kemudian disusuli ubahsuai kepada perubahan yang diimplimentasikan.

Model-model perubahan:

1. Model Penggabungan Roger

  • Proses inovasi bermula apabila sesuatu masalah/keperluan dikenalpasti
  • Masalah/keperluan adalah hasil kajian makmal, penyelidikan kepada keadaan semasa, dan jangkaan terhadap pembangunan masa depan
  • Setelah dikenalpasti, penyelidik akan mengkaji masalah tersebut dan mencari jalan penyelesaiannya. Kajian ini akan melibatkan fasa eksperimen dan penciptaan yang banyak yang akhirnya menghasilkan inovasi
  • Mr. Roger (1995); Inovasi bukan semestinya hasil penyelidikan. Ia mungkin hasil daripada amalan praktikal di mana pengamal mencari penyelesaian kepada masalah yang ada.
  • Ini dikenali sebagai knowing in action, where inovasi yang terhasil daripada pengalaman menjadi penting dalam perubahan pendidikan.

2. Model Kanter

  • Mr. Kanter (1998); struktur dan inovasi akan dapat difahami dengan baik sekiranya proses inovasi dibahagikan kepada tugas-tugas utama;
  • 1. Penjanaan Idea
  • 2. Pembinaan Idea
  • 3. Merealisasikan Idea
  • 4. Pemindahan Idea

3. Model Rand

  • Berdasarkan kajian Rand Corporation (1973-1978) yang disokong Pejabat Pendidikan Amerika Syarikat berkenaan perubahan pendidikan (Dilaporkan oleh Berman & McLaughlin pada 1978)
  • Tujuan utama: menentukan faktor penyebab dan penghalang perubahan pendidikan
  • Membawa ke arah proses mengumpul data dan menganalisa
  • Berman & McLaughlin mengatakan bahawa proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah; Daya Usaha (Initiation) - Implementasi - Penggabungan

4. Model ACOT (Apple Classroom of Tomorrow)

  • Berdasarkan kajian pengenalan komputer dalam bilik darjah melalui Projek Apple Classroom of Tomorrow.
  • Kesimpulan kajian: Kehendak perubahan dalam P & P telah berkembang secara beransur-ansur.
  • Ada 5 langkash perubahan dalam proses P & P iaitu;
  1. Kemasukan ( Entry
  2. Memilih ( Adoption)
  3. Menyesuaikan ( Adaptation )
  4. Penggunaan ( Appropriation )
  5. Mereka cipta ( Invention )
Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

1 comment:

  1. Ups... Tarikh post ini ditunjukkan sebagai 10 Mei 2009, tetapi sebenarnya saya baru post hari ini. Baru sedar tadi tapi biarlah. Pada 10 hb tu saya dah buat sikit tapi oleh kerana panjang sangat dan saya hilang idea nak buat 'ayat sendiri', jadi saya save sebagai draft sahaja dulu. Bila publish tak tukar pula tarikh. Tak pe la kut, ek... (^_^)

    ReplyDelete

Please specify your name, nick-name and site, thanks for commenting...eh, commening..urm...commentating(?) (^_^)