01 May 2009

Refleksi Diri (BIG II)

Kuliah Isnin lepas juga ada melibatkan aktiviti membuat refleksi diri selepas menjalani BIG II. Apa yang saya fahami daripada aktiviti ini ialah saya perlu membuat kajian tindakan dan penambahbaikan kepada masalah diri sendiri yang saya hadapi, sendiri (?).

Setelah saya merangka dan menilai dan memikir-mikirkan suatu pemikiran untuk menghasilkan hasil pemikiran untuk difikir-fikirkan lagi, makanya saya ringkaskan kepada point-point seperti di bawah ini.

Masalah diri yang dihadapi:
1. Bermasalah dalam pengurusan masa
2. Suka menangguh-nangguhkan kerja
3. Study 'last minute'

Penambahbaikan yang perlu dijalankan:
1. Datang awal setiap kelas
2. Siapkan setiap kerja yang diberi mengikut masa yang ditetapkan
3. Mesti ada masa diluangkan untuk study 'bukan last minute'

Matlamat (umum):
1. Memperbaiki pengurusan masa dan pengurusan kerja

Objektif (khusus):
1. Datang awal pada setiap kelas
2. Siapkan segala kerja tepat pada masanya)
3. Mengulangkaji pelajaran pada setiap hari

Pelan tindakan:
1. Setiap hari mengambil bas ke kelas 30 minit sebelum waktu kuliah.
2. Sediakan senarai semak waktu sampai ke kelas dan isikan sebaik saja tiba di kelas.
3. Senaraikan tugasan yang diberikan beserta due date dan tentukan priority kerja.
4. Buat kerja mengikut priority yang ditentukan.
5. Sediakan jadual mengulangkaji pelajaran beserta senarai semak.
6. Ulangkaji setiap pelajaran yang telah dipelajari setiap hari dan tanda senarai semak.

Pantauan:
1. Senarai semak yang telah diisi ditunjukkan kepada rakan untuk disemak.
2. Senarai semak dipaparkan di blog/portfolio individu untuk dilihat atau disemak.

Penilaian:
1. Prestasi dan pencapaian mingguan dinilai sama ada mencapai matlamat atau tidak dengan cara penilaian bersama rakan. Atau komen dari mereka yang menyemak.

Mungkin saya perlu melantik (menentukan) siapa yang dapat menolong saya untuk membuat semakan, pantauan dan penilaian tersebut. Ada sesiapa nak tolong?? (^_^)

Kajian Tindakan (tanda-menanda bermula Isnin depan...)

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

3 comments:

  1. My name is: Huda

    I am commenting from: My own room

    My comment is/are: Testing komen

    ReplyDelete
  2. Kedatangan ke kelas minggu ini (4Mei~8Mei):

    Setelah saya menganalisa masa kedatangan saya ke kelas-kelas / kuliah pada minggu ini, didapati secara puratanya saya sampai pada 10 minit~20 minit awal daripada waktu kuliah/kelas. Ini kerana saya dapat mengambil bas pada 30 minit sebelum waktu kuliah/kelas dan sekiranya bas terlepas, saya berjalan kaki melalui jalan belakang blok A dan perjalanan hanya mengambil masa 10~15 minit sahaja. Satu permulaan yang agak baik, tetapi perlu perhatian dan pengekalan...
    Mencabar juga nak buat ni (^_^).

    Kecuali hari Jumaat untuk aktiviti sukarela PUSPA UKM, saya terlambat lebih daripada 30 minit. Ini disebabkan saya tidak meng'specify'kan masa untuk ke terapi renang kanak-kanak PUSPA di DANAU dan tersilap perkiraan. Namun begitu pakcik bas yang saya naik juga telah memberi maklumat silap. Dia kata akan lalu di hadapan Danau, tetapi akhirnya dia tak lalu pun. Jadi, ambil masa juga untuk berjalan dari simpang depan Kajai ke Danau...

    Apa-apa pun, bestnya berenang sambil belajar cara memberi terapi renang kepada kanak-kanak autism (tapi berenang yang lebih =P).

    Akan diupdate lagi..
    Laporan lain menyusul kemudian.
    (^_^)v be positive.

    ReplyDelete
  3. Masalah-masalah-masalah!

    Walaupun kedatangan ke kuliah dan kelas adalah baik, prestasi kedatangan ke meeting dan perbincangan kumpulan adalah sangat buruk.

    Minggu ini, semua sesi perbincangan kumpulan dan meeting, saya terlewat tiba dan ada yang terlupa (Meeting KOMAG terlupa, tapi nasib baik time sampai di cafe, baru teringat, dan meeting pun baru bermula).

    Mungkin kerana tiada peneguhan dan kurang serius. Kawan-kawan yang ada cadangan, bolehlah diberitahukan kepada saya. Saya perlu cuba perbaiki prestasi kedatangan ke aktiviti-aktiviti ini.

    (^O^)/ serius sikit!

    ReplyDelete

Please specify your name, nick-name and site, thanks for commenting...eh, commening..urm...commentating(?) (^_^)