01 May 2009

Reka Bentuk Kajian Tindakan

Kuliah lepas adalah mengenai reka bentuk kajian tindakan. Menurut yang saya fahami, kajian tindakan mempunyai elemen reka bentuk asal iaitu melibatkan proses-proses seperti merancang - bertindak - pemerhatian -refleksi. Terdapat beberapa (actually banyak!) model reka bentuk yang telah dipaparkan oleh Dr. Siti dalam kuliah tersebut. Saya akan menyentuh serba sedikit mengenainya.

Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. (Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan). Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji.

lawa pula lah kitar reka bentuk ni (^_^)...


Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;

1). Mengenal pasti idea
2). Pencarian fakta
3). Perancangan pelan tindakan
4). Pelaksanaan tindakan
5). Penilaian tindakan yang diambil
6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5
7). Mengambil langkah tindakan seterusnya

dan begitu berikutnya melalui beberapa kitar...


Seterusnya adalah Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.


Yang ini Stephen Kemmis punya juga, cuma dalam bentuk rerangka. Diletakkan untuk lebih jelas sebab huruf kecil sangat bagi yang rajah atas ni, kan?.



Terdapat banyak lagi reka bentuk lain. Ada yang rumit dan ada yang ringkas tapi berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sumber: Institute for Community Learning

Thank You For Reading
Got any comment?
Please let me know about it..
See ya on the next post
(^_^)

3 comments:

  1. 1st komentator..hiih...sy penuntut IPG KTI..

    ReplyDelete
  2. Hai saudari^^
    Sy penuntut IP Tawau. Dlm nota yg sy baca, dlm metodologi kajian, terdpt 2 rekabtk kajian iaitu jenis deskriptif dan inferensi.Sy x phm sbab info diatas mengenai jenis rekabtk kajian masih sy agak samar...hehe Hrp saudari ble bantu sy^^Trima kasi

    ReplyDelete
  3. Buai laju-laju: Hello 1st Commentator.. Sori lama sudah x update ini blog... Anyway, thanks for reading (^_^)..

    Cafe_juenden: Maaf saya baru dapat baca mesej kamu. Untuk makluman, saya sudah posting dan agak busy di sekolah. Keadaan wifi di sekolah agak kurang memuaskan dalam beberapa minggu ini, jadi saya jarang online. Anyway, nota di atas adalah mengenai Model Reka Bentuk Kajian daripada beberapa orang pelopor Action Research, dan saya sudah tidak berapa ingatlah mengenai jenis reka bentuk kajian. Tapi mungkin apa yang penting untuk memahami dan membezakan keduanya adalah dengan memahami maksud deskriptif dan inferensi itu sendiri.. Mungkin kamu boleh update saya semula mengenainya, saya berminat juga mahu tahu lebih lanjut. Harap jawapan saya bermadai... Thanks... All the best!

    HudaYazid =)

    ReplyDelete

Please specify your name, nick-name and site, thanks for commenting...eh, commening..urm...commentating(?) (^_^)